30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Kartel rokok semakin tersepit, tohmah pegawai kanan polis

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kartel rokok haram kini seperti cacing kepanasan ekoran kejayaan pihak berkuasa termasuk Pasukan Polis Marin mengekang kegiatan yang menyebabkan negara mengalami kerugian lebih RM5 bilion setahun itu.

Malah, mereka semakin terdesak sehingga sanggup menawarkan rasuah bagi membolehkan kegiatan haram itu terus beroperasi.

Apabila tawaran rasuah ditolah, dalang-dalang kartel rokok haram tergamak menyebarkan fitnah yang langsung tidak berasas terhadap Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kartel rokok haram tidak peduli sama ada tohmahan yang dilemparkan itu benar atau sebaliknya.

Katanya, mereka cuma mahu imej Mohd Yusoff dicalarkan dan berharap agar beliau ditukar ke jabatan lain.

“Bahasa mudahnya, tak boleh beli orang, kasi bunuh karakternya,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis.

Sumber itu menambah, tidak cukup dengan Mohd Yusoff, isterinya turut menerima tempias tohmahan oleh dalang kartel rokok haram.

Menurut beliau, mereka menyebarkan dakwaan kononnya Mohd Yusoff mempunyai skandal dengan seorang wanita.

“Sedangkan situasi sebenarnya wanita didakwa skandal itu adalah isteri sah Mohd Yusoff.

“Tentunya sindiket tidak peduli tentang kebenaran, yang penting karakternya yang dikenali bersih dapat diburukkan,” jelasnya.

Kata beliau, walaupun berdepan cubaan sogokan rasuah, ancaman dan ugutan, Mohd Yusoff terus berusaha keras memikul tugas yang diamanahkan tanpa gentar.

Baca juga:   PH calonkan, bukan saya beria-ia mahu jadi PM - Anwar
Baca juga:   Tiga kumpulan remaja dibenarkan 'walk in' PPV untuk vaksin

Sumber itu mendakwa, kartel rokok haram semakin tidak senang duduk selepas Pasukan Polis Marin mencatatkan kejayaan terbesar merampas kapal kargo yang membawa rokok bernilai RM52 juta.

Antara operasi lain Pasukan Polis Marin yang berjaya menumpaskan kegiatan kartel rokok haram:

Salah sebuah kapal yang disita dalam operasi membanteras kegiatan kartel rokok haram oleh Pasukan Polis Marin.

10 Mac 2021 – Rampasan 1 kapal di perairan Kukup, Pontian Johor (70 juta batang rokok/ 11 ditahan/ 1 kapal disita), nilai rampasan RM52 juta;

12 Mac 2021 – Rampasan 1 kapal di jeti perairan Tanjung Kunyit, Sibu, Sarawak (10 juta batang rokok dan bir/ 6 ditahan/ 1 kapal disita), nilai rampasan RM30 juta;

19 Mac 2021 – Rampasan 1 lori di Jalan Serian-Sri aman, Sarawak (6 juta batang rokok/ 1 ditahan/ 1 lori disita), nilai rampasan RM4.5 juta;

14 Jun 2021 – Rampasan 1 bot dan 2 lori di Jeti Endau, Mersing, Johor (9 juta batang rokok/ 3 ditahan/ 2 lori dan 1 bot disita), nilai rampasan RM9.3 juta;

7 Oktober 2020 – Rampasan lori dalam penjalanan di Plaza Tol kempas dan Jalan Bumi Hijau (8.5 juta batang rokok/ 2 ditahan/ 2 lori disita), nilai rampasan RM6.7 juta;

29 September 2020 – Rampasan sebuah stor di Telok Gong, Klang, Selangor (13 juta batang rokok/ bir/ 4 ditahan/ 2 lori /1 treler disita), nilai rampasan RM8 juta;

15 Jun 2021 – Sebuah stor diserbu di Nibong Tebal, Pulau Pinang (2.5 juta batang rokok dirampas), nilai rampasan RM2 juta;

Baca juga:   Demi ummah: UMNO, Pas tak kan dibiar berpecah lagi

26 Oktober 2020 – Rampasan dalam perjalanan di Sungai Kluang Besut, Terengganu (4 juta batang rokok/ 2 lori disita), nilai rampasan RM4 juta; dan

Baca juga:   Tulisan Tommy Thomas berniat jahat - JALSOA

28 Oktober 2020 – Rampas 3 bot laju di Pengkalan Ubi Keling, Terengganu (4 juta batang rokok/ 3 bot laju), nilai rampasan RM4 juta.

Tambah sumber itu, mereka yang mengenali Mohd Yusoff pasti tahu tentang sikap beliau yang berpegang teguh terhadap aspek integriti dan perkara itu dibuktikan melalui kejayaan besar Pasukan Polis Marin yang diketuai beliau dalam operasi-operasi menggempur kegiatan kartel rokok haram. – EDISI 9

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan