29.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Sorok minuman keras di sebalik muatan tepung gandum

Mesti Baca

LABUAN – Helah pemandu lori menyembunyikan 350 karton minuman keras belum bercukai di sebalik muatan tepung gandum yang dibawanya terbongkar apabila kenderaan itu ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan, petang kelmarin.

Pemangku Pegawai Pemerintah, Inspektor Shafiq Rezza berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang di Pekan Menumbok itu, PPM Labuan menahan sebuah lori 10 tan dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun yang sedang menuju ke tanah besar.

Pemandu lori yang ditahan PPM di Labuan, baru-baru ini. Foto FACEBOOK PPM

Menurutnya, penahanan lori itu dibuat PPM Labuan setelah mendapat maklumat cubaan menyeludup minuman keras tidak bercukai ke tanah besar sebelum menjalankan Op Terancang (Op Benteng Covid-19) dengan melibatkan pegawai dan anggota Polis Marin.

Katanya, lori terbabit dipercayai bergerak dari Labuan ke Menumbok dengan menaiki feri kenderaan. 

“Semasa pemeriksaan ke atas lori tersebut mendapati minuman keras yang cuba diseludup keluar berjenama Royal Stout dan Guinness Stout berjumlah 350 karton dengan cara disembunyi bersama muatan tepung gandum dalam kargo lori tersebut.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan minuman keras termasuk sebuah lori dianggarkan melebihi RM350,000.00 termasuk cukai. 

Advertisements

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Beaufort untuk tindakan lanjut. Kes akan disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya hari ini.

Dalam satu hantaran berasingan, PPM Wilayah (4) Semporna telah menahan sebuah perahu di kawasan Laut Terusan Segarong petang semalam yang dinaiki dua lelaki warga Filipina berusia 27 dan 30 tahun.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, pemeriksaan terhadap suspek lelaki  tersebut telah menemukan satu peket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu yang disimpan dalam beg sandang.

Katanya, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Semporna utk siasatan lanjut.

“Pump boat, enjin sangkut dan muatan tersebut ditahan dibawah Kanun Keseksaan dengan keseluruhan nilai rampasan adalah dianggarkan berjumlah RM14,614,” katanya.

Tambahnya, kes diserahkan kepada bahagian JSJN untuk siasatan lanjut.

Advertisements

Terkini

Tiada lagi pemberian tol percuma di musim perayaan – Alexander

TIADA lagi pemberian tol percuma di musim perayaan mulai tahun ini. Itu keputusan yang dibuat dalam satu mesyuarat Kabinet...

Lagi Artikel Berkaitan