29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PdPR: Buka semula kedai buku dan alat tulis

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) seharusnya mempertimbangkan untuk membuka semula premis yang menjual buku dan alat tulis bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, setelah beberapa bulan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai ibu bapa mengeluh peralatan pembelajaran anak-anak mereka telah habis digunakan.

Menurut beliau, ada ibu bapa yang memaklumkan buku kerja mata pelajaran dan alat tulis sudah tidak ada lagi.

guru pendidikan buku alat tulis
ANUAR AHMAD

“Apalagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang ramai bersekolah.

“Bagaimana anak-anak dapat meneruskan PdPR dalam keadaan ketiadaan buku kerja, buku tulis dan alat tulis?” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Anuar memberitahu, Kementerian Pendidikan sepatutnya berusaha untuk berbincang dengan MKN agar kedai alat tulis dimasukkan sebagai sektor keperluan pendidikan dan dibenarkan untuk dibuka.

“Agak pelik ada kedai peralatan rumah (hardware) yang dibenarkan dibuka tetapi rak alat tulis terpaksa ditutup dan tidak dibenarkan dijual. Apa rasional keputusan ini?” soalnya.

Advertisements

Beliau menambah, tanpa buku kerja dan buku tulis yang baru, anak-anak tidak dapat belajar dengan baik ketika PdPR.

“Sudahlah mereka tidak boleh ke sekolah dalam keadaan sekarang, peralatan dan alat tulis untuk mereka belajar di rumah juga tidak ada,” katanya.

Anuar berkata, walaupun ada ibu bapa boleh membeli beberapa alatulis secara dalam talian tetapi ramai juga dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak menggunakan kaedah tersebut.

Menurut beliau, tidak semua keluarga menggunakan cara-cara pembelian dalam talian dan tidak semua buku buku kerja bagi setiap mata pelajaran dijual menerusi kaedah itu.

“Dalam keadaan ini, keputusan kerajaan meletakkan buku kerja dan alat tulis dalam kategori keperluan pendidikan sangat membantu ibu bapa, guru-guru dan murid-murid,” jelasnya.

Awal bulan lalu, Pengarah MKN, Datuk Mohd Rabin Basir dalam laporan Sin Chew Daily menjelaskan bahawa semua barangan termasuk alat tulis dalam kedai runcit atau pasar raya boleh dijual.

Walau bagaimanapun, premis perniagaan yang menjual buku dan alat tulis masih belum dibuka semula. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan