24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mahkamah Rayuan bebas tuduhan rasuah Tengku Adnan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan sabitan bersalah terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kes rasuah berjumlah RM2 juta.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan dalam prosiding hari ini.

Keputusan majoriti dibuat oleh pengerusi Datuk Suraya Othman dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin, yang memutuskan RM2 juta yang diterima Tengku Adnan adalah sumbangan politik untuk dua pilihan raya kecil (PRK).

Seorang lagi panel, hakim Datuk Abu Bakar Jais pula membuat keputusan menolak permohonan itu, lapor MalaysiaKini.

Pada 21 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Ahli Parlimen Putrajaya itu bersalah menerima rasuah sebanyak RM2 juta.

Advertisements

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda sebanyak RM2 juta.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Menurut pertuduhan, Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Chai Kin Kong yang merupakan pengarah kepada Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB).

Rasuah itu diterimanya melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Kesalahan itu didakwa dibuat di CIMB Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan