27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

460,158 dos vaksin COVID-19, tertinggi setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 terus meningkat setakat semalam, dengan 460,158 dos vaksin harian diberikan kepada penduduk di negara ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, selama empat hari berturut-turut jumlah pemberian vaksin melepasi angka 400,000 sehari, dengan kelmarin merekodkan pemberian jumlah 434,828 manakala 13 Julai (424,541 dos) dan 12 Julai (421,479 dos).  

Beliau berkata, daripada jumlah pemberian itu, sebanyak 304,807 dos pertama vaksin diberikan kepada penerima, tertinggi setakat ini berbanding 279,938 dos pertama vaksin diberi semalam.

“Manakala 155,351 individu lagi telah menerima dos kedua, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya dalam hantaran Twitter beliau, hari ini.

Advertisements

Malaysia kini menjadi antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas di dunia dengan menyaksikan lebih 400,000 dos diberikan sehari.

Jumlah vaksinasi negara kini hanya diatasi oleh Kanada pada minggu lepas, tetapi jumlah sekali ganda berbanding Australia.

Perbandingan itu dibuat antara negara-negara dengan saiz yang sama atau lebih besar oleh The Sydney Morning Herald dalam satu artikelnya bertajuk ‘Crushed by COVID, Malaysia now has one of the world’s fastest vaccination rates‘ semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan