26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 18, 2022

Vaksin Sinopharm, Janssen lulus pendaftaran bersyarat KKM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Dua lagi produk vaksin COVID-19 iaitu Sinopharm dan Janssen telah mendapat kelulusan pendaftaran bersyarat oleh Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) untuk kegunaan semasa bencana.

Sinopharm atau lengkapnya COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated merupakan vaksin keluaran China National Biotec Group Company Limited (CNBG).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemegang pendaftaran bagi produk Sinopham adalah Duopharma (M) Sdn. Bhd. dan dikilangkan di Beijing Institute of Biological Products Co. Ltd. (BIBP), China.

Manakala Janssen COVID-19 Vaccine Suspension for Injection pula adalah keluaran Janssen Pharmaceutica N.V. dari Belgium dengan pemegang pendaftarannya Johnson & Johnson Sdn. Bhd.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat  ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Baca juga:   Muhyiddin harap jemaah menteri teruskan pemulihan negara

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelulusan kedua-dua vaksin tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Ke-361 yang diadakan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Baca juga:   Dua syarikat pengeluar gula diarah keluarkan stok penimbal

“Dalam masa sama, kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya. – Edisi 9

Terkini

Sindiket pengedaran dadah antarabangsa guna krayon tumpas

TINDAKAN sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyembunyikan dadah dalam peralatan mewarna krayon sebelum dihantar melalui syarikat kurier ke luar negara,...

Lagi Artikel Berkaitan