25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Letak TH di bawah seliaan BNM keputusan silap – Pas

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Keputusan kerajaan meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) yang tertakluk kepada Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 adalah satu langkah yang silap dan tidak tepat.

Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan Pas Pusat, Mazli Noor berkata, ini kerana TH yang mempunyai deposit lebih RM82 bilion pada suku kedua 2021, merupakan agensi pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan bukannya sebuah institusi perbankan.

Justeru, beliau berkata, TH harus diurus dan dikawal selia sebagai sebuah GLIC dan bukannya bank, yang perlu diletak di bawah seliaan BNM.

“Tambahan pula BNM ada badan yang khusus dan berfungsi sebagai regulator dan penguatkuasa dasar monetori dan kestabilan kewangan negara, sebagaimana termaktub di bawah Akta Bank Pusat Malaysia 2009.

“Malah struktur operasi BNM sendiri dibentuk berdasarkan fungsi untuk mengawal selia dasar monetari dan kewangan negara,” katanya seperti dilapor HarakahDaily, semalam.

TH BNM
MAZLI NOOR

Mazli berkata, ini terbukti berdasarkan jawatankuasa-jawatankuasa yang di wujudkan dalam operasi BNM Jawatankuasa Monetari, Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan, Jawatankuasa Majlis Penasihat Syariah dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan.

Beliau berkata, ini jelas menunjukkan bahawa tiada fungsi kawalan pelaburan wujud dalam struktur BNM.

Tambahan pula, katanya, kesemua 41 akta, peraturan dan garis panduan di bawah seliaan BNM, hanya menyentuh fungsi monetori dan kewangan dan tidak langsung berkait dengan pelaburan.

“Justeru, BNM tidak berupaya untuk menjalankan peranannya sebagai kawal selia pelaburan dengan berkesan sekiranya TH diletakkan di bawah kawalannya,” katanya.

Mazli berkata, Pas juga berpendapat jika TH diklasifikasikan sebagai sebuah bank banja semua GLIC yang lain juga harus difungsikan dengan terma yang sama.

Advertisements

GLIC-GLIC tersebut ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Fungsi kesemua GLIC ini adalah sama dengan TH iaitu menerima caruman daripada ahli, membuat aktiviti pelaburan dan memberi pulangan kepada pencarum.

“Maka sekiranya TH diklasikasikan sebagai bank dan tertakluk kepada Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, maka GLIC lain juga harus diuruskan melalui mekanisma yang sama,” tegas beliau.

Mazli menambah, pengurusan dan kawal selia pelaburan juga tidak sama dengan perbankan kerana ekosistem pelaburan adalah sangat cair (liquid) dan fleksibel.

Jelasnya, tidak sepertimana GLIC, bank sangat tertakluk kepada langkah-langkah makro dan mikro prudential yang ketat yang ditetapkan oleh BNM dan garis panduan Basel III.

“Ini sudah pasti akan merencatkan aktiviti pelaburan TH yang akhirnya akan menjejaskan pulangan kepada para pencarum,” katanya.

Beliau menjelaskan, penambahbaikan TH masih boleh dilakukan dengan berkesan tanpa meletakkan TH di bawah seliaan BNM dengan memperkasa keahlian dan fungsi Lembaga Pengarah TH (ALP) dan Jawatankuasa Pelaburan TH.

Katanya, kedua-dua ini harus menjalankan fungsi fidusiari dengan berkesan tanpa takut dan pilih kasih (without fear and favour) bagi menjaga kepentingan TH.

“Proses peremajaan ALP dan Jawatankuasa Pelaburan TH harus dilakukan secara berterusan dengan melantik ahlinya dalam kalangan pakar-pakar pelaburan yang arif dalam bidang mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan