31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jangkitan Covid-19 di Dewan Bedah HCTC UKM terkawal

Mesti Baca

CYBERJAYA – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan bahawa kes Covid-19 melibatkan Dewan Bedah hospital berkenaan ketika ini adalah terkawal.

Pengurusan HCTM UKM dalam kenyataan memaklumkan, semua kakitangan mereka terutamanya petugas kesihatan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada di tempat kerja mahupun ketika berada di tempat lain.

“HCTM sangat prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu HCTM menafikan beberapa mesej tular melalui media sosial yang menyatakan terdapat jangkitan Covid-19 yang tidak terkawal di Dewan Bedah akibat ketidakpatuhan terhadap SOP terutamanya melibatkan pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE). – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan