30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

FBK UPSI anjur Misi Kemanusiaan Lubnan #FBKPRIHATIN

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

TANJUNG MALIM – Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan program Misi Kemanusiaan Lubnan #FBKPRIHATIN bagi membantu rakyat negara itu yang sedang mengalami kesukaran hidup.

Misi dijalankan selama 13 hari iaitu bermula pada 24 Julai lalu akan tamat pada 5 Ogos depan.

Dekan FBK, Prof Madya Dr Mazura @ Mastura Muhammad berkata, misi dijalankan bertujuan untuk membantu meringankan beban masyarakat Lubnan.

“Dengan misi ini, kita juga dapat memupuk semangat kasih sayang sesama manusia dan dapat memupuk sikap menderma dalam masyarakat,” katanya.

UPSI MAZURA MUHAMMAD
MAZURA MUHAMMAD

Menurut beliau, menerusi misi berkenaan, warga UPSI dan masyarakat setempat boleh menyumbangkan pelbagai bentuk sumbangan yang ingin mereka salurkan melalui FBK.

Mazura menambah, antara bentuk sumbangan yang boleh diberikan adalah alat tulis, baju sejuk, walker orang dewasa, kerusi roda, lampin bayi, tuala wanita dan mainan kanak-kanak.

Beliau berkata, para penderma boleh menghantar barangan yang ingin mereka sumbangkan di pusat pengumpulan yang beralamat di No. 25, Jalan Wangsa Jaya 4, Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim yang dibuka mulai pukul 7 pagi hingga 7 malam.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Saipolbarin Ramli berkata, program seumpamanya dapat mendedahkan pelajar UPSI kepada aktiviti kemanusiaan peringkat antarabangsa.

“Para pelajar yang bertindak sebagai ahli jawatankuasa program yang didedahkan dengan gerak kerja kesukarelaan secara berstuktur dan terancang,” katanya.

UPSI SAIPOLBARIN RAMLI
SAIPOLBARIN RAMLI

Menurut beliau, program itu melibatkan semua persatuan di FBK, dan fokus bantuan adalah masyarakat di kawasan selatan bandaran Lubnan meliputi orang awam, hospital, sekolah dan institusi di sana.

“Selain sumbangan berbentuk material, FBK juga mencetak 1,000 risalah tentang menjaga kesihatan khususnya dalam masa pandemik dalam dwibahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Inggeris yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat Lubnan tentang peri pentingnya menjaga kesihatan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan misi itu boleh berhubung dengan Dr Mohamad Rozi Kasim (FBK) 0134337730/ Dr Norfaizah Abdul Jobar (FBK) 0195754572/ Pn. Nordiana Ramli (JHEPA) 017535376 atau Mohd Sharifuddin Razman (FBK) 0194777701. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan