24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

553,871 dos vaksin harian tertinggi direkodkan semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

35,790 pekerja sektor pembuatan telah menerima dos kedua di bawah PIKAS

CYBERJAYA – Jumlah pemberian harian vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus meningkat, sekaligus mencatatkan rekod tertinggi semalam, iaitu sebanyak 553,871 dos.

Sebelum ini, jumlah vaksinasi harian tertinggi yang direkodkan adalah 521,923 dos, kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah yang dicatat semalam, seramai 356,112 individu menerima dos pertama.

“Manakala seramai 197,759 individu menerima dos kedua, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya menerusi ciapan di Twitter di sini.

Sementara itu berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, daripada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin, seramai 5,905,906 individu telah menerima dos kedua, manakala 12,487,441 individu telah menerima dos pertama.

“Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat 27 Julai 2021 adalah sebanyak 18,393,347 dos,”katanya.

Setakat ini sebanyak 5,112,057 dos pertama diberikan di Lembah Klang, disusuli Sarawak dengan 1,678,014 dos; Johor (963,342 dos); Sabah (701,759 dos); Perak (700,076 dos) dan Pulau Pinang (675,064 dos).

Laporan JKJAV Jumlah Kumulatif Pemberian Dos Vaksin.

JKJAV memaklumkan, bagi dos kedua, sebanyak 1,831,585 dos diberikan di Lembah Klang, Sarawak (1,197,746 dos); Johor (408,182 dos);Perak (393,016 dos); Sabah (383,455 dos) dan Pulau Pinang (272,816 dos).

Advertisements

Sehingga kini, kira-kira 53.3 peratus populasi dewasa negara mendapat dos pertama atau 38.2 peratus populasi negara, manakala 25.2 peratus populasi dewasa menerima dos kedua (18.1 peratus populasi negara).

Sebanyak 90.4 peratus daripada populasi dewasa di Labuan juga sudah menerima dos pertama, manakala 77.7 peratus populasi dewasa sudah menerima dos kedua.

Lembah Klang pula mencatatkan 82.9 peratus populasi dewasa di negeri itu menerima dos pertama dan 29.7 peratus menerima dos kedua diikuti Sarawak (82.1 peratus dos pertama, 58.6 peratus dos kedua).

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan, seramai 35,790 pekerja sektor pembuatan telah menerima dos kedua, sekaligus melengkapkan penerimaan suntikan vaksin mereka menerusi Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19, setakat 26 Julai lalu.

“Manakala, seramai 348,852 pekerja sektor pembuatan menerima dos pertama.

“PIKAS akan terus menyokong usaha mempercepatkan vaksinasi di Malaysia dengan menyasarkan tenaga kerja sektor pembuatan,”katanya- Edisi 9



Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan