33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Armada komited sokong keputusan ditetapkan kerajaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) komited dalam menyokong keputusan yang telah ditetapkan oleh kabinet termasuk pendirian kerajaan untuk membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya akan terus berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perkara ini dan menyatakan komitmen untuk menyokong keputusan-keputusan yang telah ditetapkan oleh kabinet.

“Kami yakin dengan sokongan lebih 110 ahli-ahli parlimen kepada kerajaan hari ini, jelas menjamin kestabilan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19, menyelesaikan masalah ekonomi negara dan untuk menjayakan Program Imunisasi COVID Kebangsaan (PICK) di samping pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara. 

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar semua pihak kekal fokus dan bersatu demi manfaat rakyat secara amnya,”katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, pihaknya turut menjunjung kasih ke atas titah pandangan dan keprihatinan yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

“Kami sentiasa mengambil pendirian yang tegas dalam mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan dan sentiasa mendokong keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,”katanya.

Katanya, lagi, Armada juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli parlimen daripada Parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan empat orang Ahli Parlimen Bebas yang menzahirkan sokongan berterusan kepada Perdana Menteri. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan