24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bilangan pesakit ICU meningkat, 16,840 kes baharu COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Bilangan pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) paling tertinggi direkodkan iaitu seramai 1,055 orang sedang menjalani rawatan tersebut dan 532 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Secara keseluruhannya bilangan pesakit sedang dirawat dan diasingkan melepasi angka 180,000 iaitu 183,706 kes.

Bilangan kluster baharu yang dilaporkan hari ini juga adalah yang paling tertinggi dilaporkan iaitu sebanyak 47 kluster.

Bagaimanapun, jumlah kes harian baharu COVID-19 hari ini, menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam, dengan sebanyak 16,840 kes dilaporkan.

Dengan pertambahan kes harian baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,095,486 kes, sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 284 kes (1.7 peratus) daripada kes baharu harian hari ini adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala sebanyak 16,556 kes (98.3 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19. Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Bagi kategori lima, sebanyak 25 kes dilaporkan dengan satu kes ada sejarah vaksinasi dan selebihnya tiada sejarah vaksinasi manakala, kategori empat dengan 79 kes iaitu 13 kes ada sejarah vaksinasi dan 66 kes tiada sejarah vaksinasi,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata, untuk kategori tiga pula, sebanyak 180 kes direkodkan dengan 56 kes ada sejarah vaksinasi dan 124 kes tiada sejarah vaksinasi serta 8,410 kes kategori dua dengan 2,556 kes ada sejarah vaksinasi dan 5,854 kes tiada sejarah vaksinasi.

Ujarnya lagi, sebanyak 8,146 kes positif bagi kategori satu dengan 737 kes ada sejarah vaksinasi manakala, sebanyak 7,409 kes tiada sejarah vaksinasi.

Advertisements

Terdahulu, Dr Noor Hisham dalam perkongsian di Twitter berkata, Selangor terus merekodkan empat digit angka kes harian baharu dengan sebanyak 6,092 kes dilaporkan.

“Diikuti Kuala Lumpur dengan 2,114 kes, Kedah (1,281 kes), Johor (1,104 kes), Negeri Sembilan (1,079 kes) dan Sabah (1,066 kes).

“Perak pula (810 kes), Pulau Pinang (689 kes), Kelantan (656 kes), Melaka (581 kes), Pahang (540 kes), Sarawak (450 kes), Terengganu (258 kes) dan Putrajaya (100 kes).

“Selebihnya, Perlis (13 kes) dan Labuan (tujuh kes),” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 47 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 24 kluster tempat kerja, 17 kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster pendidikan dan satu kluster keagamaan.

Tambahnya lagi, sebanyak 12,179 kes sembuh harian dicatatkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 902,921 kes.

“Di samping itu, sebanyak 134 kes kematian COVID-19 dilaporkan pada hari ini, termasuk enam warga asing terdiri daripada 72 lelaki dan 62 wanita dengan sebanyak sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID).

Berhubung kadar kebolehjangkitan kelmarin pula, katanya, nilai RT Malaysia sebanyak 1.15 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.36), diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.27) dan Sabah (nilai RT 1.22).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Labuan dan Perlis,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan