31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kadar vaksinasi meningkat, penggunaan katil ICU menurun

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Peningkatan jumlah vaksinasi telah menyumbang kepada penurunan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Labuan dan Sarawak.

Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkembangan itu adalah antara contoh terbaik kepentingan vaksinasi untuk rakyat Malaysia dan sokongan terhadap kapasiti kesihatan awam yang berterusan oleh kerajaan.

Menurut beliau, data juga menunjukkan bahawa sebilangan besar individu yang dijangkiti COVID-19 selepas vaksinasi lengkap tidak menunjukkan gejala serius atau hanya bergejala ringan (kategori 1 dan 2).

“Di bawah PPN, antara indikator yang membenarkan peralihan sesebuah negeri dari Fasa 2 ke Fasa 3 adalah dengan mencapai kadar vaksinasi lengkap 40 peratus populasi dewasa dan kadar penggunaan katil ICU yang sederhana.

“Setakat ini, lapan negeri telah beralih ke Fasa 2. Saya berharap, dengan trend peningkatan vaksinasi, lebih banyak negeri akan berjaya beralih ke Fasa 2 dan seterusnya Fasa 3 dalam sedikit masa lagi, insya-Allah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

vaksinasi
Graf yang menunjukkan penggunaan katil ICU di Sarawak dan Labuan berkurangan apabila kadar vaksinasi meningkat.

Setakat semalam, seramai 1,252,728 orang telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin di Sarawak bersamaan dengan 44.5 peratus populasi dan 61.3 peratus populasi dewasa.

Di Labuan pula, seramai 54,236 orang telah menerima dua dos vaksin bersamaan 54.5 peratus populasi dan 79.2 peratus populasi dewasa.

Secara keseluruhan, sejumlah 556,404 dos pemberian vaksin harian telah disalurkan kepada penerima di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semalam, sekali gus merupakan jumlah pemberian vaksin tertinggi setakat ini.

Daripada jumlah itu, seramai individu 343,530 telah menerima dos pertama, manakala seramai 212,874 individu menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan