28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

556,404 dos vaksin harian, rekod tertinggi semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 556,404 dos pemberian vaksin harian telah disalurkan kepada penerima di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semalam, sekali gus merupakan jumlah pemberian vaksin tertinggi setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, seramai individu 343,530 telah menerima dos pertama, manakala seramai 212,874 individu menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Dalam tempoh tiga hari berturut-turut, jumlah pemberian vaksin harian melepasi angka 500,000 termasuk hari ini dengan angka jumlah pemberian vaksin paling tinggi, setakat ini.

“Kelmarin, sebanyak 552,701 dos diberikan, manakala sebanyak 553,871 dos, pada 27 Julai dan sebanyak 521,923 dos (26 Julai),” katanya menerusi perkongsian maklumat dalam ciapan Twitter, hari ini.

Sementara itu, berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, sehingga kini, kira-kira 56.3 peratus populasi dewasa negara telahpun mendapat dos pertama atau 40.4 peratus populasi negara, manakala 27.0 peratus populasi dewasa menerima dos kedua (19.3 peratus populasi negara), sekaligus telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Secara keseluruhannya jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19, semalam adalah sebanyak 19,502,452 dos.

Daripada jumlah itu, ia membabitkan seramai 13,184,742 individu menerima dos pertama vaksin, manakala, seramai 6,317,710 individu telah menerima dos kedua.

Sebanyak 90.8 peratus daripada populasi dewasa di Labuan juga sudah menerima dos pertama, manakala 79.2 peratus populasi dewasa sudah menerima dos kedua.

Lembah Klang pula mencatatkan 87.8 peratus populasi dewasa di negeri itu menerima dos pertama dan 32.6 peratus sudah menerima dos kedua diikuti Sarawak (82.8 peratus dos pertama, 61.3 peratus dos kedua).

Dalam pada itu, bagi pemberian dos vaksin, lima negeri mencatatkan jumlah tertinggi iaitu, Selangor sebanyak 150,505 dos diikuti Kuala Lumpur (85,096 dos); Johor (48,748 dos); Sabah (37,099 dos) dan Sarawak (31,588 dos)-Edisi 9



Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan