Thursday, June 4, 2026

Bersatu Melaka seru ketepi kepentingan politik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka menyeru semua pimpinan dan parti politik supaya mengetepikan kepentingan politik masing-masing dan bersatu hati serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada segala usaha menangani pandemik COVID-19.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, kestabilan politik amat signifikan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang direncanakan oleh pihak kerajaan.

“Sehubungan dengan itu, Bersatu Melaka akan terus menghormati, menjunjung dan memelihara sistem raja berperlembagaan, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, Bersatu Melaka akan terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus mengemudi Kerajaan Perikatan Nasional.

Katanya, rakyat menuntut semua pihak memberi keutamaan kepada isu kesihatan, kebajikan dan pemulihan ekonomi rakyat dan negara berbanding perebutan kuasa & agenda peribadi masing-masing. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan