25.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Tiada mesyuarat MKT, surat pelucutan keahlian Hisham palsu

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Selepas poster palsu tentang ‘Parti Jajaran Harapan‘, tersebar pula sepucuk surat kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melucutkan keahlian parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Surat yang konon ditandatangani oleh Ahmad Zahid itu menyebut perlucutan keahlian Menteri Luar dengan serta-merta diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan hari ini.

Bagaimanapun, semakan Edisi 9 mendapati tiada sebarang mesyuarat MT UMNO diadakan pada hari ini seperti didakwa.

Perkara itu turut disahkan oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan bahawa tiada mesyuarat majlis itu diadakan pada hari ini, apatah lagi melucutkan mana-mana ahli parti.

“Saya sahkan tiada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO diadakan hari ini apatah lagi pelucutan keahlian. Ini semua palsu dan fitnah jahat”, katanya seperti dilapor UMNO Online.

Berdasarkan surat tersebut, Ahli Parlimen Sembrong itu konon dilucut keahlian kerana melanggar Perlembagaan UMNO.

Hishammuddin sedang menjalani kuarantin wajib berikutan mempunyai kontak rapat dengan salah seorang individu yang positif Covid-19. Bagaimanapun beliau disahkan negatif.

Baca juga:   UMNO umum gencatan politik, gesa perkasa kerjasama dalam PN

Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menganggap mereka yang menyebarkan fitnah tersebut kemungkinan tidak ada kerja lain atau kerana tertekan berikutan PKP.

Menerusi twitternya malam ini, beliau berkata, mereka yang melakukan kerja yang tidak bertanggungjawab itu juga berkemungkinan inginkan perhatian, simpati atau mungkin gila-gila.

Baca juga:   Ahli UMNO jangan tinggalkan parti, pesan Annuar

“Apakah tujuan seorang atau sesuatu kumpulan mencipta berita atau cerita atau surat palsu atau fake news?”

“Melaga-lagakan, ingin perhatian, inginkan simpati, tak ada kerja lain, stress (tertekan) masa PKP, saja-saja, suka-suka, tak takut dosa, gila-gila agaknya, sebab-sebab yang lain,” katanya.

Sebelum ini sebuah akhbar berbahasa Cina telah mengaitkan Hishammuddin untuk merebut jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun beliau menafikan laporan tersebut sambil menegas tidak pernah mempunyai perancangan untuk menduduki jawatan kedua tertinggi pentadbiran negara itu.

“Merujuk artikel Sin Chew Daily yang mengaitkan saya sebagai salah seorang calon Timbalan Perdana Menteri sekaligus mengundang pelbagai persoalan dan reaksi.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah mengadakan usaha ke arah perkara tersebut. Malah saya berterima kasih kepada parti kerana menyokong saya mewakili UMNO sebagai Menteri dalam Kerajaan hari in,” kata Hishammuddin katanya seperti dilapor Suara Merdeka, semalam. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ini bukan pengakhiran karier politik saya – Hishammuddin

AHLI Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang digantung keahlian dalam UMNO menegaskan keputusan itu bukan pengakhiran kepada karier politiknya. Sebaliknya bekas...

Lagi Artikel Berkaitan