27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

‘Love scam’, ejen hartanah rugi RM2.7 juta

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seorang ejen hartanah kerugian kira-kira RM2.7 juta akibat diperdaya sindiket love scam selepas berkenalan dengan seorang “ahli perniagaan” dari Amerika Syarikat, menerusi aplikasi Tinder, awal tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata wanita berusia 44 tahun itu mendakwa bertindak meminjamkan wang kepada lelaki yang dikenali sebagai “Eric Tai” itu menerusi 11 transaksi wang, hasil daripada surat persetujuan yang ditandatangani.

“Suspek (Eric Tai) memaklumkan kepada wanita itu bahawa dia mahu melunaskan pinjaman terbabit dengan mengatakan dirinya sudah berada di Malaysia dan akan ke Johor untuk menghadiri satu kursus.

Suspek bagaimanapun kemudian mendakwa beg berisi duit yang dibawanya ditahan di lapangan terbang di Johor,” katanya lapor BERNAMA.

Beliau berkata wanita itu menyedari diperdaya selepas suspek enggan melunaskan pinjaman dengan memberikan pelbagai alasan lalu dia membuat laporan polis pada 15 April lepas.

Dalam kes lain, Mohd Kamarudin berkata pihaknya menahan lima lelaki warga Afrika dan seorang wanita keldai akaun, semalam, selepas disyaki terlibat dalam kegiatan “Love Scam” dan “Parcel Scam” yang menyasarkan mangsa warga tempatan, sejak lima tahun lepas.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur 27 hingga 43 tahun itu ditahan dalam enam serbuan di Cheras, di sini dan Serdang, Selangor, dari 8 pagi hingga 4 petang.

Advertisements

“Siasatan mempercayai lelaki warga Afrika itu masuk ke negara ini dengan menggunakan pas pelajar namun tidak pulang ke negara asal selepas tamat tempoh lalu terus tinggal di negara ini secara tidak sah dengan menjalankan kegiatan penipuan itu,” katanya.

Menurutnya mereka dipercayai beroperasi dalam dua kumpulan dengan satu daripadanya mencipta akaun palsu menerusi media sosial bagi mencari dan berkenalan dengan mangsa sebelum memperdaya menyerahkan wang.

Satu lagi kumpulan pula berperanan sebagai ejen pencari akaun bank keldai di dalam dan luar negara sekali gus akan menggunakan akaun bank keldai untuk menerima wang hasil penipuan itu.

“Kumpulan ini akan menerima komisyen lima hingga 15 peratus bergantung kepada jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank keldai ini dan baki wang akan diserahkan kepada kumpulan pemegang akaun profil palsu tersebut,” katanya.

Beliau berkata hasil penahanan mereka, pihaknya merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan itu termasuk 16 telefon bimbit, 15 keping kad mesin juruwang automatik (ATM) dan empat komputer riba.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, katanya.

Mohd Kamarudin berkata sebanyak 730 kes penipuan “Love Scam” direkodkan di negara ini sejak 1 Jan lepas hingga semalam dengan melibatkan kerugian kira-kira RM24 juta.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan