27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Harimau Malaya gagal sekat Vietnam, tapi beraksi lebih baik

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

HARIMAU Malaya gagal menyekat kemaraan Vietnam untuk mengutip mata penuh apabila tewas 1-2 dalam aksi pusingan kedua kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai awal pagi ini.

Berdepan dengan pasukan di ranking ke-92 dunia, aksi anak-anak buah Tan Cheng Hoe agak berbeza berbanding menentang Emeriyah Arab Bersatu (UAE) tempoh hari dengan hantaran lebih kemas dan asakan-asakan yang mengancam pasukan lawan.

Vietnam bagaimanapun, bermain lebih agresif dan melancarkan serangan demi serangan sekal wisel permulaan tetapi berjaya disekat oleh pertahanan Harimau Malaya dikemudi oleh Aidil Zafuan Adha, Matthew Davis, Dion Cools dan Corbin Ong.

Pada minit ke-27, mereka berjaya mendahului 1-0 menerusi tandukan Nguyen Tien Linh hasil umpanan Doan Van Hou yang berpunca dari sepakan percuma di luar kotak penalti di sebelah kanan pintu gol Farizal Marlias.

Tersentak dengan gol The Golden Dragon, Harimau Malaya memperkemaskan serangan dan hasilnya Shafiq Ahmad hampir-hampir menyamakan kedudukan namun tandukannya berjaya ditepis keluar penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong pada minit ke-37.

Pada minit ke-44, Malaysia berjaya mendapat sepakan percuma di sebelah kiri pintu gol Vietnam namun sepakan Safawi Rasid yang menuju tepat ke penjuru kanan gol berjaya ditepi Tan Trong.

Masuk separuh masa kedua, Cheng Hoe memasukkan Akhyiar Rashid manakala Nazmi Faiz Mansor untuk menggantikan Safawi dan Shafiq bagi memperkemas bahagian tengah pasukan.

Hasilnya, Malaysia berjaya mengubah perlawanan dengan serangan-serangan lebih kemas dan pantas. Beberapa percubaan tepat di pintu gol Vietnam berjaya dilakukan oleh bahagian depan diketuai oleh pemain naturalisasi, Guilherme de Paula.

Advertisements

Akhirnya skuad kebangsaan dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Ryuji Sato dari Jepun apabila de Paula dijatuhkan oleh Van Hau di hadapan pintu gol Vietnam pada minit ke-70.

Pemain berasal dari Brazil itu berjaya membuat sepakan kencang di sebelah kiri pintu gol Vietnam gagal ditampan oleh Tan Truong, sekali gus menutup mulut kritikan terhadap cara permainannya ketika menentang UAE.

Gol penyamaan de Paula memberikan semangat kepada skuad negara namun pada masa yang sama Vietnam membuat empat pertukaran pemain dan menggandakan asakan terhadap pintu gol Farizal.

Kira-kira 10 minit sebelum wisel penamat, Brandon Gan membuat kesilapan apabila menyentuh kaki Nguyen Van Toan dalam kotak penalti sebelum pemain itu jatuh dan dihadiahkan sepakan penalti.

Que Ngoc Hai tidak mensia-sia peluang dan berjaya meletakkan boleh ke dalam jaring di sebelah kanan pintu gol bagi membolehkan Vietnam meraih tiga mata penuh dan perkukuh kedudukan teratas Kumpulan G.

Dalam satu lagi aksi dalam kumpulan G, tuan rumah UAE tidak menghadapi masalah untuk membelasah Indonesia 5-0 untuk menduduki tangga kedua dalam kumpulan.

Malaysia akan menentang Thailand dalam perlawanan terakhir pada 15 Jun ini manakala Vietnam akan berdepan UAE. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan