25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

‘Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik’ – Ebit Lew

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dilapor ‘menghilang’ selama dua minggu sejak berangkat ke Kaherah, Mesir untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin akhirnya mengemas kini Facebooknya hari ini.

‘Kehilangan’ beliau tanpa sebarang berita menimbulkan sejak berada di Mesir menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang ramai di tanah air.

“Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya menerusi hantaran terbaharunya di Facebook beliau hari ini.

Ini merupakan hantaran pertama Ebit dalam Facebooknya yang mempunyai 5 juta pengikut itu sejak kali terakhir melakukannya pada 27 Mei lalu.

Ketika itu, Ebit memaklumkan bahawa beliau sudah membeli segala keperluan asas dan ubat-ubatan di Mesir untuk dibawa ke Gaza.

Hantaran Ebit Lew dalam Facebooknya pada 27 Mei lalu sebelum beliau ‘menghilang’ selama dua minggu.

Semalam, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, Wisma Putra sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai Ebit Lew yang kini dikatakan sudah berada di Gaza, Palestin.

“Kami sedang periksa (perkembangan Ebit),” katanya seperti dilapor Sinar Harian, semalam.

Pada 26 Mei lalu, Ebit Lew berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Kelmarin, penyanyi rap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahawa Ebit berada dalam keadaan baik setelah berjaya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun Ebit tidak memaklumkan sama ada beliau sudah berjaya menyeberangi ke Gaza atau masih berada di Mesir dipercayai sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu, Misi Bantuan Kemanusiaan UMNO ke Gaza yang akan diketuai oleh Datuk Seri Abdul Azeez Rahim kini dalam persiapan terakhir sebelum berangkat ke Mesir menjelang akhir bulan ini.

Kira-kira seramai 25 orang terdiri daripada sukarelawan dan media akan menyertai misi tersebut yang antara lain bagi membina semula rumah-rumah penduduk yang musnah dibedil tentera rejim Zionis menjelang Aidilfitri baru lalu.

Difahamkan kumpulan pertama terdiri daripada tim peninjau akan berangkat ke Mesir minggu depan sementara bakinya akan menyusul selepas segala persiapan di sana sudah sedia. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan