30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Hospital Indonesia di Gaza jadi pusat pengumpulan mayat terbesar

Mesti Baca

HOSPITAL Indonesia di Gaza menjadi pusat pengumpulan mayat terbesar selepas lebih 9,000 mangsa terkorban di wilayah itu dan 3,760 daripadanya kanak-kanak.

Jumlah penduduk Gaza yang cedera akibat dua serangan besar-besaran rejim Zionis Israel di kem pelarian Jabalia melebihi 50 kali kapasiti hospital itu, dan diburukkan lagi dengan keputusan bekalan ubat-ubatan dan minyak.

Hospital Indonesia, satu-satunya hospital yang masih beroperasi di utara Gaza, kini menjadi pusat pengumpulan mayat yang terbesar, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, pihak pengurusan hospital itu terpaksa mengambil keputusan yang sukar iaitu menutup penjana kuasa utama susulan kekurangan bahan api yang kritikal.

Ia kini terpaksa bergantung kepada penjana kuasa kecil untuk memastikan Unit Rawatan Rapi (ICU) terus beroperasi.

Pemerhatian wartawan Al-Jazeera mendapati pengurusan hospital itu terpaksa mengumumkan pemberhentian operasi pada bila-bila masa sahaja, sekali gus menjadikan hospital berkenaan sebuah rumah mayat terbesar.

Akibat serangan di kem pelarian Jabalia, Kementerian Kesihatan melaporkan lebih 50 nyawa terkorban, dengan sejumlah besar membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Advertisements

Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kawasan kem itu hanya berkeluasan 0.5 batu persegi, dan menempatkan sekitar 116,000 pelarian berdaftar.

Ketua Kemanusiaan PBB, Martin Griffith, mengecam serangan ke atas hospital itu selepas mengadakan lawatan dua hari ke Israel dan kawasan Palestin yang dijajah.

“Serangan ini adalah malapetaka terbaharu untuk menghapuskan penduduk Gaza, di mana konflik memasuki fasa yang lebih menakutkan, dan akan mewujudkan lebih banyak akibat yang teruk untuk kemanusiaan,” katanya.

Griffiths berkata, dunia seolah-olah tidak boleh atau sengaja tidak mahu bertindak, dan menegaskan serangan mesti dihentikan serta-merta.

Makluman terkini Kementerian Kesihatan Gaza ketika sidang akhbar di hadapan Hospital Al Shiffa mengesahkan 256 orang awam terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel di Jabalia.

Hospital itu menerima 2,600 laporan orang hilang, termasuk 1,150 kanak-kanak hilang atau tertimbus di bawah runtuhan manakala 135 kakitangan perubatan terbunuh, dan 25 ambulans musnah.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, digesa campur tangan untuk melindungi Hospital Persahabatan Turki kerana ia satu-satunya hospital yang masih beroperasi untuk pesakit kanser di Gaza, manakala 16 hospital dan 32 kemudahan penjagaan perubatan tidak lagi beroperasi di Gaza. -Agensi

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan