25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Program Jualan Rahmah Perdana sempena Deepavali

Mesti Baca

PROGRAM Jualan Rahmah (PJR) Perdana sempena sambutan Deepavali akan diadakan bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu menawarkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah dalam skala yang besar.

KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pasar raya yang terbabit dalam PJR Perdana kali ini adalah Aeon Big, Giant, NSK, KK Mart, Mydin dan Hero Market.

“Sebanyak enam barang keperluan asas utama akan dijual dengan harga rendah dan telah diberi diskaun,” katanya dalam kenyataan itu.

Advertisements

Kenyataan itu berkata, antara barangan keperluan harian ditawarkan pada harga lebih rendah dari pasaran setempat ialah ayam, beras, minyak masak, telur ayam, bihun dan sardin.

“Program ini juga diharapkan dapat untuk membantu bagi meringankan beban perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Bagi tujuan sama sebelum ini, (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan PJR secara bergerak di 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur pada 24 Jun hingga 1 Ogos yang lalu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan