31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PKR nafi ada kaitan dengan Liberal International

Mesti Baca

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menafikan bahawa parti itu pernah menjadi ahli gabungan atau anggota organisasi politik liberal antarabangsa, Liberal International.

Dalam satu kenyataan ringkas, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, wujud cubaan terancang pihak tertentu mengaitkan PKR dengan Liberal International.

“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

“PKR bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin,” katanya hari ini.

Advertisements

Liberal International adalah sebuah organisasi parti politik liberal di seluruh dunia yang diasaskan di Oxford pada tahun 1947 dan telah menjadi rangkaian utama bagi parti liberal yang bertujuan untuk mengukuhkan liberalisme di seluruh dunia.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai hantaran oleh beberapa pihak yang mendakwa PKR menjadi ahli dalam organisasi parti politik liberal antarabangsa itu yang turut dipercayai ada kaitan menyokong Israel.

Selain PKR, parti Gerakan yang merupakan anggota gabungan Perikatan Nasional (PN) juga dikaitkan dengan pertubuhan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan