25 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 20, 2021

Teka-teki terjawab, ‘lockdown’ dilanjutkan sehingga 28 Jun

Must Read

CYBERJAYA – Teka-teki sama ada sekatan pergerakan (lockdown) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diteruskan atau sebaliknya terjawab apabila ia dilanjutkan dua minggu lagi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas mendengar perbentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri bersetuju melanjutkan PKP 3.0 mulai 15 hingga 28 Jun.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.

“Senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

Ismail Sabri berkata, senarai tersebut boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

“Memandangkan semua senarai positif/negatif dan SOP adalah sama seperti sebelum ini, maka saya berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP.

“Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP di lapangan oleh penguat kuasa,” kata beliau.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai 13 hingga 26 Jun berikutan peningkatan kes Covid-19 di universiti tersebut.

Beliau berkata, KKM mendapati berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila 18 kes positif dilaporkan hasil saringan ke atas 208 penghuni universiti tersebut.

Katanya, KKM juga mendapati, berlaku penularan kes dalam kalangan pelajar dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

Turut dikenakan PKPD dalam tempoh sama di empat buah kampung di Sabah masing-masing satu di Tawau, dua di Kota Kinabalu dan satu di Penampang.

PKPD di Tawau melibatkan Kampung Kadazan apabila 14 kes dilapor daripada 45 ujian saringan yang dilakukan dengan kadar positif 31.11 peratus.

Dua kampung di Kota Kinabalu ialah Kampung Lobou 1 dan Kampung Bukit Permai apabila 15 kes dikesan daripada 20 saringan.

PKPD di Penampang pula melibatkan Taman Villa Felca Nambazan apabila 8 kes positif dikesan.

Kesemua kawasan PKPD tersebut mempunyai kadar jangkitan yang tinggi dan pelaksanaan perintah tersebut bagi menyekat penularan Covid-19 ke kawasan lain. – Edisi 9

Latest News

Perancah besi di Lebuh Raya DASH jatuh, dua pekerja cedera

CYBERJAYA - Dua pekerja pembinaan dipercayai cedera selepas perancah besi atau ‘scaffolding’ lebuh raya yang sedang dalam pembinaan runtuh...

More Articles Like This