27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Tiada isu miokarditis, perikarditis guna vaksin jenis mRNA

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada isu risiko muokarditi dab perikarditis yang dikaitkan penggunaan vaksin Covid-19 jenis mRNA di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menjalankan penilaian risiko ke atas isu keselamatan berkenaan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada badan-badan regulatori dan rujukan antarabangsa.

“KKM merumuskan bahawa profil keselamatan vaksin ini kekal positif dan penggunaannya dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak terjejas.

“Manfaat semasa bagi pemberian vaksin ini adalah jauh melebihi risikonya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Miokarditis merupakan radang pada otot jantung sementara perikarditis pula merujuk kepada radang pada lapisan luar jantung.

Simptom atau gejala yang dikaitkan dengan miokarditis atau pericarditis termasuklah sakit dada, perubahan pada kadar degupan jantung serta kesukaran untuk bernafas.

Isu berkenaan risiko penggunaan mRNA itu dilaporkan di beberapa negara termasuk Ameik Syarikat, United Kingdom dan Singapura.

Noor Hisham berkata, pada masa ini, hanya satu jenis vaksin mRNA sahaja digunakan iaitu Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech dan telah diluluskan pendaftaran bersyarat di Malaysia.

Baca juga:   559,200 lagi dos vaksin AstraZeneca dihantar ke Malaysia

Katanya, sehingga 13 Jun lalu sejumlah 2,793,826 vaksin Comirnaty telah diberikan kepada penduduk Malaysia, yang melibatkan sebanyak 1,676,959 dos pertama dan 1,116,867 dos kedua.

“Sehingga kini, tiada laporan kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) spesifik untuk miokarditis/perikarditis yang diterima oleh NPRA/KKM.

Baca juga:   Tiada kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di PPS

“KKM juga mendapati sehingga kini, tiada tindakan regulatori yang telah diambil oleh badan-badan rujukan antarabangsa lain seperti European Medicines Agency (EMA) dan World Health Organization (WHO) ke atas produk vaksin COVID-19 jenis mRNA,” katanya.

Beliau berkata, penilaian masih dijalankan bagi menentukan hubungkait isu ini dengan vaksin COVID-19 jenis mRNA.

Katanya, KKM akan sentiasa menjalankan pemantauan berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin sentiasa terjamin.

“Pihak KKM akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan untuk mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin COVID-19,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan