31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Sumbang untuk Akaun Amanah Bencana dapat potong cukai

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan  hari ini memaklumkan semua sumbangan oleh individu dan sektor swasta kepada Akaun Amanah Bencana layak mendapat potongan cukai.

Dalam kenyataannya, kementerian itu memaklumkan akaun tersebut ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana termasuk bencana penularan Covid-19.

Semua sumbangan boleh dibuat ke dalam  Akaun Amanah Bencana Maybank Islamic Berhad No. Akaun 5660-1065-0930.

“Selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967, semua sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana oleh individu mahupun syarikat korporat layak mendapat potongan cukai, dengan syarat sumbangan disokong oleh resit rasmi Kerajaan (Kew. 38), ataupun dokumen pengesahan /resit transaksi bagi sumbangan yang dikreditkan melalui saluran-saluran sistem perbankan rasmi,” katanya.

Kementerian Kewangan juga menjelaskan, akaun itu  ditadbir oleh Jawatankuasa Akaun Amanah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dianggotai oleh wakil- wakil daripada kementerian tersebut, Jabatan Akauntan Negara, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). 

“Pengoperasian akaun ini juga tertakluk kepada undang-undang dan garis panduan rasmi, termasuk pengauditan berkala, yang ditetapkan bagi akaun-akaun amanah kerajaan,” katanya.

Baca juga:   Kaunter rayuan BPN kembali jadi tumpuan

Sebagai tanda manifestasi solidariti bagi membantu kerajaan dengan mengambil kira situasi semasa, Kementerian Kewangan berkata,  Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Badan Berkanun Persekutuan juga digalakkan untuk mempertimbangkan pemotongan gaji dan ganjaran kakitangan secara sukarela untuk disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana ini.

Baca juga:   Akaun Amanah Bencana: PM hargai sumbangan penjawat awam

Pada 31 Mei lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gaji barisan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak diambil selama 3 bulan mulai bulan ini akan disumbangkan ke dalam akaun tersebut bagi  membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Pada Selasa lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan potongan sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) ataupun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) penjawat awam selama 3 bulan mulai bukan juga akan disumbangkan ke dalam akaun yang sama. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan