25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Sesi Perbincangan Khas Raja-raja Melayu 16 Jun

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sesi Perbincangan Khas Raja-raja Melayu akan berlangsung di Istana Negara pada 16 Jun ini berkaitan dengan usaha memerangi jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh Darurat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perbincangan tersebut adalah atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan akan dipengerusikan oleh Seri Paduka.

“Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka menaiki takhya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

“Kali pertama Perbincangan Khas Raja-raja Melayu telah dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober 2020 di Istana Negara,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara, hari ini.

Hari ini, Seri Paduka berkenan menerima ketua-ketua parti politik untuk menghadap di Istana Negara.

Antara pemimpin politik yang telah menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pemimpin-pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula dijadualkan menghadap Seri Paduka secara maya pada 14 Jun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dilaporkan menghadap Al-Sultan Abdullah pagi tadi bagi mesyuarat pra-Kabinet.

Difahamkan, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan