33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

LTSAAS bukan untuk dijual – Kementerian Kewangan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa kerajaan tiada perancangan untuk menjual mana-mana hartanah lapangan terbang di Malaysia, termasuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), kepada mana-mana pihak.

Menurut Kementerian Kewangan, hartanah lapangan terbang adalah dianggap sebagai aset strategik kerajaan.

“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan juga ingin memaklumkan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan selama 60 tahun, iaitu sehingga tahun 2067, ke atas tanah di mana terletaknya LTSAAS buat masa ini.

“LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi di antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009.

“MAHB bukan pemilik mana-mana hartanah lapangan terbang tersebut,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan media, hari ini.

Kementerian Kewangan menambah, setakat ini, MAHB masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS.

“Sebahagian tanah LTSAAS juga telah dipajakkan oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd bagi tempoh 30 tahun (2007-2037), merangkumi pengendalian Terminal 3, tempat letak kereta serta bangunan menyimpan dan menyelenggara kapal terbang,” jelas Kementerian Kewangan.

Baca juga:   Nilai pelaburan diluluskan lebih tinggi tahun ini

Kementerian Kewangan berkata, sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penjualan hartanah.

“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan ingin menasihatkan semua pihak agar tidak menyebarkan berita palsu dan khabar angin mengenai perkara ini, dan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak-pihak yang berbuat demikian,” tegas Kementerian Kewangan.

Baca juga:   Nilai pelaburan diluluskan lebih tinggi tahun ini

Dalam kenyataan media hari ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa terdapat cadangan untuk menjual LTSAAS kepada pihak tertentu.

“Mana-mana entiti swasta yang berurusan dengan aset negara harus dibuat melalui tender terbuka dan sekiranya perlu, bawa urusan ini untuk dibahaskan di dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Selain itu, Pengerusi MAHB, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengulangi pendirian agar kerajaan membatalkan hasrat untuk menswastakan dan mengeluarkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) bagi tujuan pengambilalihan oleh pihak tertentu.

Beliau juga menekankan bahawa pelan Regenerasi LTSAAS yang dikemukakan oleh pihaknya adalah sebahagian daripada kerangka besar perancangan masa depan kerajaan ke arah industri penerbangan dan aeroangkasa negara iaitu Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (PSLTK) dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030.

Baca juga:   Seleweng dana, 4 pegawai kanan GLC ditahan SPRM Kedah

Terkini

Kerajaan perlu kemuka data terperinci Long COVID-19

CYBERJAYA - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengemukakan data terperinci mengenai Long COVID-19,...

Lagi Artikel Berkaitan