25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

Keputusan mesti bersandarkan mandat PAU, bincang oleh MT

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Setiap keputusan yang dibuat oleh UMNO dalam kemelut politik semasa mesti bersandarkan mandat dari Perhimpunan Agung parti dan dibincangkan secara kolektif oleh Majlis Tertinggi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu termasuk berhubung kedudukan UMNO dalam kerajaan, menolak kerjasama dengan parti atau individu tertentu yang tidak akan menguntungkan UMNO serta pendirian UMNO tentang pelbagai isu semasa.

“Semua ketetapan yang telah diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO adalah terpakai dan Majlis Tertinggi wajar menterjemahkan mandat ini dengan sebaiknya.

“Semoga kita terus bertaut antara satu sama lain dan menghindari segala usaha memecah-belahkan kesatuan dalam parti UMNO ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuka sidang Parlimen.

Jika gagal berbuat demikian, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi parti itu akan memuktamadkan tindakan selanjutnya

Ahmad Zahid berkata, UMNO berpendirian tegas untuk mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Baca juga:   UMNO utus surat akuan tolak Muhyiddin kepada Agong

Dalam perkembangan sama, Mohamad memberitahu, titah Seri Paduka agar sidang Parlimen diadakan segera adalah amat wajar dan tepat.

Menurut beliau, pandangan dan hikmah yang disuarakan oleh Majlis Raja-Raja dalam kenyataan terbaharu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja juga sangat prihatin dan bijaksana.

Baca juga:   Empat lagi kes positif Covid-19 di Parlimen - Speaker

“Bila Presiden memberikan kerajaan 14 hari untuk memanggil persidangan Parlimen, tujuannya dalam pandangan saya hanya dua.

“Pertama menyokong dengan sepenuhnya saranan institusi raja. Dan kedua, memulihkan semula, dengan kadar segera demokrasi di negara ini bagi mengembalikan sepenuhnya fungsi Parlimen. Pendirian ini insya-Allah akan dibawa ke Majlis Tertinggi untuk ketetapan selanjutnya,” jelasnya.

Mohamad berkata, pendirian UMNO selama ini sangat jelas bahawa institusi raja mesti dipertahankan dan demokrasi mesti dikembalikan dengan memanggil persidangan Parlimen.

Beliau juga berpandangan bahawa Parlimen wajar menjalankan peranannya sesuai dengan doktrin pemisahan kuasa.

“Semasa persidangan Parlimen, apa jua perkara boleh dibahaskan tetapi mestilah sesuai dengan peraturan mesyuarat.

“Memberikan pelbagai syarat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dibahaskan dan diusulkan di Parlimen adalah tidak demokratik dan bercanggahan dengan kebebasan Parlimen,” ujarnya. – EDISI 9

Baca juga:   Pemuda UMNO harap hubungan dengan PAS dipertahankan

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan