32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 24, 2021

PDRM siasat laporan portal Info Negara Kini

Mesti Baca

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan portal Info Negara Kini bertajuk ‘Tular WhatsApp Khairuddin ditahan di Perasing, Terengganu’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dilakukan berikutan laporan yang diterima polis mengenai artikel Info Negara Kini tersebut yang disiarkan pada 28 Mei lalu.

“Hantaran yang mendapat 9,300 perkongsian tersebut turut memaparkan gambar Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan seorang wanita.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini, seramai 11 saksi telah dipanggil dan dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Abd Jalil menambah, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab memuat naik hantaran tersebut dan merakam percakapan individu lain yang mempunyai kaitan dengan kes sebelum kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.

Baca juga:   KKM diminta senaraikan anak kematian ibu bapa akibat Covid

Beliau memberitahu, PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan khabar angin tidak berasas tanpa mendapatkan maklumat yang sahih daripada sumber rasmi berhubung siasatan kes berkenaan.

“Sebarang bentuk penyebaran berita palsu dengan menggunakan platform media sosial merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya. – EDISI 9

Baca juga:   4 lelaki terima padah cuba sogok polis RM30,000

Terkini

37,144 remaja di Johor sudah menerima vaksin

JOHOR BAHRU - Seramai 37,144 remaja sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Lagi Artikel Berkaitan