32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Kes baharu 4,743, jumlah pemberian dos vaksin cecah 6.05 juta

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu Covid-19 di negara ini kekal di bawah 5,000 kes selama dua hari berturut-turut.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 4,743 kes direkodkan hari ini, namun meningkat sebanyak 232 kes berbanding 4,611 semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 705,762 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,566 kes diikuti Kuala Lumpur (635), Negeri Sembilan (585), Sarawak (507) dan Johor (293).

Pulau Pinang pula mencatat 195 kes, Sabah (193), Melaka (167), Kelantan (165), Kedah (142), Pahang (131), Labuan (104), Perak (68), Terengganu (37), Putrajaya (tujuh) dan Perlis (dua).

Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini setakat semalam sudah melebihi enam juta dos.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata setakat semalam, seramai 4,384,441 telah menerima dos pertama manakala 1,666,757 individu sudah melengkapkan dos kedua, menjadikan keseluruhan pemberian kedua-dua dos berjumlah 6,051,198. 

Baca juga:   Tak kejar jawatan, kepentingan rakyat lagi penting - Azmin

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan lima negeri yang mencatatkan peneriman kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 216,386 diikuti Sarawak (188,289), Johor (176,080), Perak (154,422) dan Kuala Lumpur (145,906).

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata sebanyak 235,623 dos diberikan semalam, tertinggi sejak ia dimulakan pada 24 Feb lepas.

Baca juga:   Selangor, KL kekal penyumbang kes harian tertinggi

Katanya daripada jumlah tersebut,181,840 merupakan penerima suntikan dos pertama manakala 53,783 lagi dos kedua. – Edisi 9

Terkini

Nadma minta jawatankuasa pengurusan bencana Sabah, Labuan diaktifkan

AGENSI Pengurusan Bencana Negara (Nadma) meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah diaktifkan di Sabah dan Labuan. Ia sekali...

Lagi Artikel Berkaitan