30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KDN lancar operasi besar-besaran di kawasan kilang, industri

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi membanteras ketidakpatuhan SOP di peringkat nasional secara bersepadu dan besar-besaran dengan serta merta melalui pelancaran Ops Patuh.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pelaksanaan Ops Patuh itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP PKP Covid-19 (JKPS) yang dipengerusikannya hari ini.

Beliau berkata, operasi akan tertumpu kepada aspek penyalahgunaan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh kementerian, jabatan atau agensi yang diputuskan MKN. 

“Selain itu sekatan jalan raya bergerak akan diadakan di kawasan perkilangan dan perindustrian yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ Covid-19 di seluruh negara,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Hamzah berkata, bagi memastikan keberkesanan pemantauan, aset strategik milik semua agensi penguatkuasaan seperti helikopter dan dron akan digunakan.

Advertisements

“Ketegasan dan keberkesanan aspek penguatkuasaan ini amat penting bagi membolehkan negara beralih kepada fasa pemulihan yang lebih baik dengan segera, sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara yang telah dirangka kerajaan,” katanya.

Mengenai operasi pematuhan SOP, Hamzah berkata pihak berkuasa telah memeriksa 123,469 premis perniagaan dan 21,219 kilang di seluruh negara dalam tempoh 18 Jun hingga semalam.

Beliau berkata, menerusi operasi itu, 885 kompaun dikeluarkan terhadap kilang dan premis perniagaan, 265 premis diarahkan tutup dan 39 individu ditahan atas pelbagai kesalahan mengenai ketidakpatuhan SOP serta melanggar arahan sekatan pergerakan penuh.

Persidangan khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pengurusan COVID-19 Isnin lepas memutuskan supaya KDN meneraju dan mengkoordinasi penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Coivid-19, dan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan