26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Permohonan Pejuang sertai gabungan PN ditolak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) hari ini mengambil keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair untuk menyertai gabungan mereka.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Tertinggi PN pada 20 Mac lalu yang dipengerusikan Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Majlis Tertinggi telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan parti Pejuang Tanahair ke PN,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu Hamzah memaklumkan, PN akan menggunakan logo mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kecuali di Kelantan dan Terengganu.

“PN membuat ketetapan mengekalkan penggunaan lambang PN dalam PRN Kedah, Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan dan menggunakan lambang Pas di Kelantan serta Terengganu.

“Majlis Tertinggi turut mengarahkan jentera pilihan raya di enam negeri tersebut agar memperkukuhkan persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi,” ujar beliau.

Baca juga:   Dr Afifi undur diri jadi penasihat agama Sultan Perak

Dalam pada itu, Majlis Tertinggi PN turut mengumumkan pelantikan baharu dalam parti itu.

“Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Pengerusi Badan Perhubungan PN Sabah) dan Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin (Pengerusi Badan Perhubungan PN Wilayah Persekutuan).

“Turut diputuskan ialah pelantikan Tuan Mohamad Siddiq Mohd. Azani dan Muhd. Khidir Izaidin sebagai Penolong Setiausaha Eksekutif PN,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan