32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Buka sidang Parlimen mesti ikut kaedah teratur

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tidak timbul isu kononnya kerajaan melakukan penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam soal pembukaan sidang Parlimen.

Perkara itu diperjelaskan oleh Ketua Setiasaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Marzuki Mohamad dalam wawancara eksklusif yang disiarkan Agenda Daily hari ini.

Menurut beliau, kerajaan sama sekali tidak menolak titah Seri Paduka berhubung pembukaan sidang Parlimen, malah kerajaan menjunjung kasih dan mengambil serius titah tersebut.

“Isu derhaka tak derhaka ini tidak timbul, kerana tiada sesiapa pun yang menolak titah pandangan Yang di-Pertuan Agong cuma dari segi kaedah itu dan pelaksanaannya mestilah mengikut kaedah yang teratur selaras dengan Perlembagaan dan mengikut undang-undang,” katanya.

MARZUKI MOHAMAD

Marzuki seterusnya menolak polemik dan tohmahan berkenaan yang dilihat sengaja dicipta bagi mempengaruhi rakyat supaya terkeliru dengan isu melibatkan pembukaan sidang Parlimen yang hangat diperkatakan ketika ini.

“Jadi saya fikir menjadi tanggungjawab kerajaan dan golongan pakar supaya memberi penjelasan kepada rakyat supaya mereka lebih faham dan mereka mempunyai satu perspektif yang tepat tentang perjalanan pentadbiran negara ini.

“Kita cakap soal pentabiran negara ia mesti dilakukan secara teratur ada tertib… Ia ada masa dan tempoh tertentu perkara itu dibuat, dan saya fikir penjelasan yang dibuat secara lebih meluas dari semasa ke semasa nanti rakyat akan faham tentang kedudukan perkara ini dan ia tidak seharusnya timbul polemik,” jelasnya.

Beliau menambah, mengikut peraturan, adalah mustahil untuk Parlimen dibuka secepat yang mungkin dan memerlukan sedikit masa untuk membuat persediaan sama ada melibatkan aspek teknikal dan juga keselamatan memandangkan penularan pandemik yang masih melanda negara ketika ini.

“Saya tidak fikir ia cukup yang pertamanya kerana ia tidak mengikut peraturan kerana ia ada tempoh-tempoh tertentu.

“Sidang Parlimen dalam keadaan kita kena ambil faktor kesihatan dulu (era pandemik), dulu tak ambil kira faktor kesihatan buat sahaja sekarang ini kena ambil kira macam mana di Parlimen hendak pastikan penjarakan sosial melibatkan 222 Ahli Parlimen dalam dewan dan lain-lain,” ujarnya.

Marzuki berkata, peraturan Parlimen tidak boleh ‘dikoboikan’ dan perlu mengikut terma undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita kena ikut kaedah yang betul, dalam hal ini kerajaan tidak memandang remeh kepada peraturan dan tatacara pembukaan Parlimen,” katanya.

Menurut beliau, cadangan untuk kerajaan membuka semula sidang Parlimen sekitar September tersebut mengambil kira pelbagai faktor memandangkan ketika itu rakyat sudah mencapai imuniti berkelompok dan penularan pandemik sudah semakin reda.

“Perdana Menteri memberi bayangan Parlimen boleh diadakan pada bulan 9 atau bulan 10, ini kerana mengambil kira fasa-fasa didalam Pelan Pemulihan Negara.

“Kerana dijangkakan pada bulan September dan Oktober itu kita telah pun mencapai kadar vaksinasi, populasi 60 peratus… Ini dikatakan sudah hampir 80 peratus sudah mencapai herd imuniti (imuniti berkelompok)… Dan mungkin dalam bulan Oktober itu, negeri-negeri tertentu sudah boleh mencapai imuniti berkelompok.

“Di negeri-negeri berkepadatan tinggi, Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain… Mungkin, kalau sekiranya proses vaksinasi itu berlaku dengan cepat dan mengikut jadual.

“Oleh kerana itu lah, Perdana Menteri memberi bayangan selamat lah untuk kita mengadakan sidang Parlimen ini,” jelasnya.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan