26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 17, 2021

Operasi pembersihan perancah besi disambung esok – Prolintas

Mesti Baca

CYBERJAYA – Operasi pembersihan perancah besi atau scaffolding projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang runtuh petang semalam terpaksa disambung semula esok.

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. (Prolintas) berkata, kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut dilakukan sehingga 3 petang ini namun terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat.

“Pengguna lebuh raya diminta berhati-hati ketika melalui kawasan terlibat yang mana lorong kanan dari kedua-dua arah Lebuh Raya NKVE ditutup dan laluan kontra telah diaktifkan untuk melancarkan trafik.

“Pengguna dinasihat mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda penunjuk arah yang disediakan di lokasi,” kata kenyataan itu petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.14 petang semalam, dua pekerja warga Bangladesh dilaporkan cedera termasuk seorang parah selepas perancah besi projek pembinaan lebuh raya Plaza Tok Lebuhraya DASH runtuh.

Bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan pengguna lebuh raya berkenaan dan kerja-kerja pembinaan telah dihentikan sementara serta-merta.

Baca juga:   PPN positif, aliran masuk modal pelabur asing melonjak

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan Prolintas selaku pemaju projek Lebuh Raya DASH untuk menghentikan serta-merta kerja yang melibatkan struktur sementara di lokasi kejadian.

Kementerian berkenaan juga mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan jurutera perunding iaitu Zaidun Leeng Sdn Bhd (ZLSB) untuk menyediakan laporan lengkap dalam tempoh seminggu.

“Kementerian Kerja Raya akan meneliti laporan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung insiden berkenaan.

Baca juga:   Najib dedah VVIP terkenal sumbang dana RM114 juta

“Untuk makluman semasa kerja-kerja menuang konkrit dijalankan, kawasan pembinaan adalah ditutup sepenuhnya kepada pengguna sepertimana prosedur yang telah ditetapkan.

“Kerja-kerja dengan mengguna pakai kaedah kejuruteraan yang sama melibatkan keseluruhan 14 lokasi di kawasan tersebut yang mana empat telah pun disiapkan. Kejadian adalah melibatkan lokasi kelima yang sedang giat dilaksanakan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kerja Raya menambah, semakan awal LLM menunjukkan bahawa rekabentuk perancah adalah teratur dan telah disahkan oleh jurutera perunding.

Menurut kementerian, baki kerja melibatkan 10 lokasi hanya boleh diteruskan setelah laporan audit oleh jurutera perunding bbas (ICE) dikeluarkan.

“Pihak konsesi juga telah diarahkan untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa yang teribat.

“Sebagai langkah keselamatan, lorong kanan kedua-dua hala di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (NKVE) di kawasan berkenaan adalah ditutup sepenuhnya,” jelas Kementerian Kerja Raya. – EDISI 9

Baca juga:   Khairy ada masalah kepercayaan terhadap Presiden UMNO

Terkini

JKM bantu 4,422 murid kematian ibu, bapa akibat Covid-19

CYBERJAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu seramai 4,422 murid kematian waris akibat pandemik tersebut sehingga rekod Isnin...

Lagi Artikel Berkaitan