24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Semakin meningkat, 5.68 juta penduduk terima vaksin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semakin memberangsangkan apabila kira-kira 5.68 juta orang menerima suntikan vaksin di seluruh negara, semalam.

Maklumat itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam ciapan Twitter beliau, hari ini.

Menurut data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), seramai 4.09 juta (12.5 peratus) penduduk menerima dos pertama, manakala 1.59 juta melengkapkan dua dos pengambilan.

Lima negeri mencatatkan suntikan tertinggi bagi dos pertama dan kedua adalah Kuala Lumpur dengan 838,482 penerima, Selangor (833,587 orang) Sarawak (752,684 orang), Johor (530,941 orang) dan Sarawak (448,847 orang).

Semalam, seramai 164,282 orang di seluruh negara menerima suntikan vaksin, dengan 128,400 orang bagi dos pertama dan 35,882 orang bagi dos kedua.

Advertisements

Sementara itu, di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menjangka suntikan vaksinasi kepada seluruh rakyat negeri itu dapat diselesaikan menjelang penghujung Oktober.

Memetik laporan BH Online, beliau berkata, musim tengkujuh melanda Kelantan setiap tahun dan dibimbangi ramai mangsa banjir akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), sekali gus menyukarkan proses vaksinasi.

“Kita utamakan warga emas serta mereka yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan ia akan dimulakan pada Julai ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Kutan Tengah di sini, hari ini.

Ahmad menambah, jangkaan itu dapat direalisasikan menerusi program Outreach Vaksinasi dengan kerjasama pejabat jajahan, parlimen dan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN). – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan