26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Wabak Covid-19 sudah menjadi bencana negara – Shabery

Mesti Baca

CYBERJAYA – Wabak Covid-19 yang melanda sejak awal tahun lalu dan kini kes harian terus meningkat melebihi 6,000 kes bukan lagi peringkat kecemasan tetapi sudah menjadi bencana negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, oleh sebab itu kemungkinan sistem yang ada sudah tidak mampu untuk menampung kes-kes yang terus meningkat, termasuk kes kematian.

Sehubungan itu, beliau berkata, kesiapsiagaan mesti membudaya dalam kalangan rakyat agar dapat bertindak dengan pantas dan berkesan bagi menghadapi kemungkinan lebih buruk.

“Kini Covid-19 sudah menjadi bencana. Bukan lagi kecemasan. Kemungkinan sistem yang ada tak mampu menampung. Ia menuntut pemikiran dan pemahaman seluruh rakyat.

“Kesiapsiagaan mesti membudaya. Antisipasi senario terburuk mesti di dalam fikiran masing-masing. Perlu ada pengarahan yang jelas,” kata beliau menerusi Facebooknya, semalam.

AHMAD SHABERY CHEEK – foto ASTRO AWANI

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu turut berkongsi pengalaman beliau menangani bencana banjir besar di Kemaman pada 2013 sehingga berjaya menggariskan pencontoh Pengurusan Bencana Banjir sehingga mendapat anugerah di Geneva pada 2016.

Beliau berkata, antara prinsip pencontoh tersebut ialah tahu membezakan antara kecemasan dan bencana.

“Banyak aparatus negara dibina untuk tujuan kecemasan bukan bencana. Bomba, polis, ambulan, bahagian kecemasan hospital, MERS 999 (call centre) semuanya direka untuk tujuan kecemasan tak mampu menampung bencana skala besar.

“Waktu banjir besar, bot bomba tidak cukup, polis tak dapat mengawal keadaan, pusat panggilan 999 tidak memahami situasi setempat dan hanya mengulang skrip yang diberikan,” katanya.

Baca juga:   Rimas tengok kluster tempat kerja masih mencanak
Baca juga:   Covid-19: Kes harian menurun sedikit, 10 kluster baharu dikesan

Tegas beliau, bencana menuntut mobilisasi total penduduk, misalnya ada 40 kenderaan pancuan 4 roda, berpuluh bot nelayan yang boleh digunakan, dan beribu sukrelawan menguruskan tempat perpindahan bagi membantu sistem yang tak mampu membuat segalanya.

Selain itu, katanya, antisipasi iaitu mengandaikan senario terburuk perlu dibuat.

“Dalam kes banjir, apakata kalau 40,000 orang terpaksa berpindah? Berapa banyak pusat perpindahan yang disediakan?

“Bekalan makanan, tempat tinggal, pengurusan kanak-kanak, bilik mandi, tandas dan sebagainya mencukupi dalam tempoh beberapa minggu. Apakata kalau pusat-pusat ini terputus hubungan. Apa kordinat helikopter mendarat?” tambah beliau.

Manakala prinsip ketiga, kata Shabery, ialah kesiapsiagaan mesti membudaya.

“Tahu jadual air pasang surut, ada sistem amaran awal, kamera CCTV di tempat strategik, penduduk digalakkan mengambil insurans banjir dan sebagainya. Penduduk diajar berpindah sebelum air naik,” katanya.

Justeru, Shabery berharap prinsip-prinsip seperti ini perlu diterapkan bagi menghadapi Covid-19 yang dijangka terus berpanjangan.

“Banjir dan Covid tak sama. Tetapi ada beberapa prinsip yang boleh dipakai dalam konteks berbeza. Semoga Tuhan berikan petunjuk dan perlindungan kepada kita semua,” kata beliau.

Kes baharu harian wabak itu telah mencecah lebih 6,000 angka selama tiga hari berturut-turut dengan jumlah kematian sudah melebihi 50 orang setiap hari.

Dengan kemunculan beberapa varian baharu dari Afrika Selatan, Brazil dan India ia menambah bebanan tugas Kementerian Kesihatan menangani wabak tersebut.

Baca juga:   Covid-19: Kes harian menurun sedikit, 10 kluster baharu dikesan

Ekoran itu pelbagai pihak mendesak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh dan ketat dan bukannya separuh masak seperti PKP 2.0 dan PKP 3.0 sekarang.

Baca juga:   Zahid dalam keadaan baik, sedang kuarantin kendiri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam berkata, pihaknya bersetuju untuk memperketatkan lagi PKP 3.0 terutama bagi sektor ekonomi dan sosial.

Bagaimanapun penjelasan lanjut mengenainya hanya akan diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ebit Lew lihat wajah bersih 4 beradik maut kebakaran

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew berkesempatan bersama-sama menyempurnakan majlis pengkebumian jenazah empat beradik yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran di Muar, malam...

Lagi Artikel Berkaitan