34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pemuda UMNO desak laksana PKP penuh sebelum makin parah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menggesakan kerajaan menilai semula keputusan untuk tidak mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya sebelum keadaan menjadi parah.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi berkata, dengan peningkatan kes covid-19 yang kian parah, rakyat lebih rela total lockdown  untuk tempoh 14 hingga 21 hari berbanding hadapi situasi PKP berulang kali bagaikan tiada kesudahan. 

“Data dan Sains juga menunjukkan kilang-kilang milik tauke dan MNC penyumbang terbesar hingga 50 peratus penularan wabak Covid-19, tapi terus dibenar beroperasi sedangkan peniaga kecil, penjaja, pengusaha kantin, pekerja gaji hari dan lain-lain berhadapan situasi buka-tutup tiada penghujung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan untuk memperketatkan lagi SOP di sektor ekonomi dan sosial walaupun ada desakan PKP penuh dilaksanakan.

Asyraf Wajdi seterusnya menegaskan, tiada jaminan penularan Covid-19 dapat dikekang sekiranya kilang-kilang tetap beroperasi walaupun PKP diperketatkan. 

ekonomi
ASYRAF WAJDI DUSUKI

“Realitinya, pekerja-pekerja kilang bukan tinggal dalam kompaun kilang. Mereka tinggal dalam komuniti, berbeli belah di pasar raya sama dengan masyarakat.

“Contoh di kawasan saya tinggal Petaling Jaya, pekerja kilang tinggal di flat-flat, berbeli-belah di Giant, Tesco, Bintang seperti orang lain. Kerajaan pada persepsi rakyat hari ini terlalu nak jaga hati tauke-tauke besar dan para kapitalis yang berorientasikan memaksimumkan keuntungan berbanding rakyat marhain.

“Tiada pengumuman sebarang bentuk bantuan khas, i-Sinar 2.0, i-Lestari ataupun lanjutan moratorium di kala rakyat dihimpit kesulitan dan sudahpun mulai terdesak akibat PKP separuh masak dan buka-tutup berlanjutan,” katanya.

Beliau berkata, suasana krisis pandemik yang luar biasa hari ini tidak boleh dipenuhi semua perkara dalam satu masa.

“Utamakan yang perlu diutamakan. Nyawa lebih mustahak daripada ekonomi. Selamat nyawa selamat ekonomi. Lebih baik kita utamakan tangani Covid-19 sehingga ke tahap sangat minimum daripada berterusan mengenakan perintah PKP separuh masak yang lebih menyukarkan usaha memulihkan ekonomi untuk jangka panjang,” katanya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan