26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 20, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Tiada ahli keluarga Azmin rentas daerah sambut raya

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Hanya ahli keluarga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Indutri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berada di kediaman rasmi beliau di Putrajaya pada Hari Raya Aidilfitri kelmarin.

Perkara itu disahkan oleh oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau membuat penjelasan tersebut ekoran laporan polis yang diterima pada pukul 3 petang semalam berhubung hantaran dalam laman Facebook Ummi Hafilda Ali yang tular dalam media sosial dan mendapat perhatian daripada para netizen.

Hantaran tersebut mendakwa ahli keluarga Mohamed Azmin merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang merupakan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan 17 P. U (A) 225/ 2021.

Mohd Fadzil berkata, kejadian tersebut didakwa berlaku pada 13 Mei lalu kira-kira pukul 8 pagi di kediaman rasmi Mohamed Azmin di alamat No 3, Jalan Presint 10/7, Presint 10, Putrajaya.

“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya dalam kalangan ahli keluarga Mohamed Azmin yang mendiami kediaman tersebut.

“Keterangan petugas yang menjaga pos kawalan kediaman rasmi tersebut juga mengesahkan pada tarikh 13 Mei 2021 tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti yang didakwa dalam hantaran Facebook yang telah tular dalam media sosial.

“Mohamed Azmin serta ahli keluarga, anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi yang lain akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Baca juga:   Pemandu Alza lawan arus di Lebuhraya Plus diburu polis
Baca juga:   Tak dapat wang, lelaki baru keluar penjara bakar rumah keluarga

Beliau turut menasihatkan pengguna media sosial yang lain agar berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang atau jabatan.

Gambar keluarga Mohamed Azmin Ali berkumpul pada Hari Raya Aidilfitri yang ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali.

Dalam hantaran Facebook semalam, pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali mempersoalkan sama ada berlaku pelanggaran SOP PKP di kediaman rasmi Mohamed Azmin.

Pemilik akaun Facebook berkenaan turut memuat naik gambar Mohamed Azmin bersama keluarganya dipercayai pada pagi Hari Raya Aidilfitri kelmarin. – EDISI 9

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Utama kerja pembaikan kerosakan akibat banjir – Zafrul

KEMENTERIAN berkaitan sudah diarah untuk menyesuaikan peruntukan bagi 2022 dengan mengutamakan kerja pembaikan kerosakan akibat banjir. Menteri Kewangan, Tengku Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>