25 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 20, 2021

Setujukah anda dengan 7 prasyarat PKP menyeluruh?

Must Read

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO menggariskan tujuh prasyarat yang seharusnya dipenuhi sebelum cadangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dipertimbangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan.

Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki seperti yang disiarkan dalam laman Facebook beliau hari ini:

Dengan kes sudah meningkat kepada 6,075 kes hari ini, apa pandangan semua jika kerajaan isytihar TOTAL LOCKDOWN sebagaimana PKP 1.0?

Setujukah dengan tujuh prasyarat lockdown di bawah?

Total lockdown bermakna:

  1. SEMUA WAJIB TUTUP bukan pilih-pilih seperti sekarang. Kilang-kilang besar dibenar operasi walaupun ternyata menjadi penyumbang terbesar kepada pandemik, sedangkan peniaga dan penjaja kecil seperti di bazar pula yang ditekan untuk tutup operasi.
  2. PKP juga bermakna kerajaan perlu pertimbangkan bantuan Khas kepada rakyat di semua peringkat dan dari segenap sektor yang terjejas kerana hakikatnya majoriti rakyat yang bekerja sendiri bahkan yang hilang pekerjaan antara yang paling terkesan bahkan lebih teruk berbanding PKP 1.0.
  3. Kerajaan wajar guna kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk menggesa institusi perbankan dan kewangan menawarkan MORATORIUM selama sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan bagi meringankan bebanan rakyat.
  4. Jangan ada lagi dwistandard dalam penguatkuasaan mahupun pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan PKP hingga terbentuk persepsi wujud perbezaan tindakan terhadap golongan ‘kayangan’ dengan ‘marhain’.
  5. Lebih baik rasa perit untuk satu tempoh singkat termasuk menutup sektor ekonomi yang terbukti menjadi penyumbang kepada penyebaran wabak, berbanding berterusan rasa payah berulang-ulang akibat pendekatan PKP yang ditanggapi ‘separuh masak’.
  6. Kebimbangan terjejasnya ekonomi jika ‘total lockdown’ ada asasnya, tetapi keperluan untuk tangani pandemik COVID-19 lebih mendesak. Ada kalanya kita tidak boleh mengharapkan untuk mencapai dua keadaan ideal pada satu masa.
  7. Lebih baik kita utamakan tangani COVID-19 sehingga ke tahap sangat minimum daripada berterusan mengenakan perintah PKP ‘separuh masak’ yang lebih menyukarkan usaha memulihkan ekonomi untuk jangka panjang. – EDISI 9

Latest News

Perancah besi di Lebuh Raya DASH jatuh, dua pekerja cedera

CYBERJAYA - Dua pekerja pembinaan dipercayai cedera selepas perancah besi atau ‘scaffolding’ lebuh raya yang sedang dalam pembinaan runtuh...

More Articles Like This