24 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

PKP ketat di Selangor: MB, Dr Dzul bercanggah pendapat?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Apa sudah jadi dengan kerajaan Selangor? Sudahlah kes harian di negeri itu tidak pernah surut malah kekal menjadi ‘juara’ setiap hari sejak beberapa minggu lalu, isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula tidak tuntas.

Isu bermula apabila Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba mencadangkan PKP penuh dilaksanakan di negeri itu berikutan kes harian yang melebihi 1,000 setiap hari.

Manakala orang ramai pula mula sangsi dengan peranan Selangor Task Force Covid-19 (STFC) yang diketuai oleh bekas Menteri Kesihatan ketika zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Berminggu-minggu kes-kes harian di Selangor kekal tertinggi di Malaysia, namun tiada sebarang kenyataan daripada badan yang dilantik kerajaan negeri itu untuk meneliti tindakan yang boleh diambil bagi mengangani wabak tersebut.

Tup-tup hari ini pagi ini, mereka membuat satu sidang media yang dalam majlis itu, Dr Dzulkefly dilapor menolak pelaksanaan PKP sepertimana dicadangkan oleh Menteri Kesihatan.

Memetik laporan Astro Awani, beliau berpendapat, PKP tidak perlu dilaksanakan berikutan kadar kebolehjangkitan di Selangor masih rendah berbanding negeri lain seperti Kelantan dan Pahang.

Anggota Badan Bertindak Covid-19 Selangor.

Katanya, pasukannya dan kerajaan Selangor berada dalam tahap baik menguruskan wabak berkenaan.

Baca juga:   Pengarah Bomba Selangor 'minor strok' akibat keletihan

Malah, jelas beliau, pelaksanaan PKP secara menyeluruh juga akan menjejaskan ekonomi negeri terutamanya peniaga kecil.

Ironinya, pada sebelah petang Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika melaporkan kes harian Covid-19 menyatakan jumlah kes harian sebanyak 6,075 kes iaitu tertinggi pernah dicatatkan.

Baca juga:   17,236 kes baharu harian, 212 kes kematian

Dan Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,250 kes, sekali gus menolak belakang data dan fakta yang digunakan oleh Dr Dzulkefly ketika menolak PKP tersebut.

Bagi meredakan keadaan, Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari memberi penjelasan berhubung kekeliruan berhubung keengganan Selangor melaksanakan PKP yang lebih ketat.

“Jadi saya kira saya perlu menjernihkan isu tentang kemungkinan kita menolak atau tidak setuju (PKP yang lebih ketat), sebab perkara ini masih di peringkat berbincangan.

“Sekali lagi, kuasa pengumuman serta langkah-langkah PKP dan sebagainya masih tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan di mana kerajaan negeri turut dipanggil untuk memberi pandangan secara menyeluruh,” katanya seperti dilapor media.

Tegas beliau, nyawa rakyat kekal menjadi keutamaan kerajaan negeri itu pada masa sama mengimbangi kehidupan rakyat serta ekonomi.

“Namun begitu, kerajaan negeri Selangor sememangnya memandang serius keutamaan kita untuk menjaga kesihatan dan unsur kehidupan masyarakat.

“Bagaimana ingin kita kembali kepada istilah yang sangat indah iaitu mengimbangi nyawa dan kehidupan.

“Namun, jika kita ditawarkan antara dua tawaran ini atau dua pilihan ini, saya kira, untuk menjaga nyawa sebagai keutamaan paling penting,” katanya.

Percanggahan pandangan oleh Amirudin dan Dr Dzulkefly selaku pengerusi badan penasihat kerajaan Selangor berhubung isu Covid-19 menimbulkan kebimbangan orang rawai, terutama penduduk di negeri ini.

Baca juga:   60 migran ditahan cuba ceroboh negara ikut jalan laut
Baca juga:   Maritim tahan bot nelayan Vietnam bersama 300kg ikan

Melihat maklum balas orang ramai, mereka sebetulnya mahukan agar PKP dilaksanakan sepenuhnya sepertimana Mac 2020 lalu ketika PKP 1.0 dibuat.

Namun, sudah tentu mereka juga mengharapkan agar kerajaan Pusat atau negeri membantu meringankan beban hidup mereka sepanjang tempoh PKP itu kelak.

Jadi, persoalannya bersediakah kerajaan melaksanakan PKP ketat ini atau masih menunggu sehingga jumlah rakyat dijangkiti Covid-19 terus bertambah? – Edisi 9

Wartawan

Terkini

TVET: Keazaman, kesungguhan industri dituntut

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN PERTUBUHAN Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyambut baik dan menyokong penuh saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Lagi Artikel Berkaitan