25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Langgar SOP: Neelofa, PU Haris ke mahkamah 20 Mei

Mesti Baca

NILAI – Selebriti kontroversi, Neelofa dan suaminya, PU Haris akan didakwa di Mahkamah Seremban esok atas tuduhan berkaitan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Pejabat Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan berhubung kesalahan yang dilakukan oleh Noor Neelofa Mohd Nor dan Muhammad Haris Mohd Ismail.

Menurut beliau, pasangan terbabit akan dituduh di bawah Peraturan 19, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

“Pertuduhan pertama terhadap Muhammad Haris adalah atas kegagalan mematuhi SOP PKPB yang sedang berkuat kuasa apabila gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk check in atau menulis secara manual.

“Pertuduhan kedua terhadap Muhammad Haris adalah kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam sebagaimana yang ditetapkan dalam SOP PKPB.

Advertisements

“Pertuduhan terhadap Neelofa pula adalah atas kegagalan mematuhi SOP PKPB yang sedang berkuat kuasa apabila gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk check in di premis atau menulis secara manual,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Mohd Fazley menambah, hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Beliau memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi PKP serta SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam memutuskan rantaian COVID-19.

“Prinsip tiada individu yang mengatasi undang-undang adalah diutamakan dalam penguatkuasaan undang-undang,” tegasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan