26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PRK DUN Melor tangguh ekoran Proklamasi Darurat

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor ditangguhkan berikutan pelaksanaan Darurat di seluruh negara ketika ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, penangguhan itu adalah selaras dengan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021 dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

Beliau turut memaklumkan bahawa SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Yakub semalam berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Melor.

Kerusi DUN Melor kosong berikutan pemergian penyandangnya, Allahyarham Dr Md Yusnan Yusof pada 30 April lalu.

PRK sepatutnya dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kekosongan diadakan selaras dengan Perkara 46 (5) Bahagian Pertama Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“SPR mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang,” kata Ikmalrudin dalam kenyataan media, hari ini.

Md Yusnan, 53, meninggal dunia di kediamannya di Melor selepas mengalami serangan jantung.

Sebelum dipilih sebagai ADUN Melor sejak 2013, Allahyarham ialah bekas pembantu Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selepas dilantik sebagai Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 2013, beliau berusaha menggerakkan secara aktif Jawatankuasa Pengkajian Enakmen Negeri Kelantan dengan memfokuskan kepada usaha menyemak enakmen sedia ada dan mencadangkan beberapa Rang Undang-undang (RUU) untuk dibawa ke DUN Kelantan.

Allahyarham yang mewakili PAS memenangi kerusi DUN Melor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) setelah beroleh sebanyak 7,820 undi.

Beliau mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Cikgu Azmi dengan kelebihan 647 undi majoriti.

Cikgu Azmi beroleh sebanyak 7,173 undi manakala calon PKR, Haji Aziz hilang deposit apabila hanya menerima 2,122 undi.

Terdahulu, pada PRU-13, Md Yusnan memenangi kerusi DUN Melor apabila menerima 10,590 undi manakala calon BN, Mohamed Othman Omar pula beroleh sebanyak 8,101 undi.

Sebelum ini, tiga PRK lain iaitu di Parlimen Batu Sapi, Parlimen Gerik dan DUN Bugaya ditangguhkan berikutan Proklamasi Darurat. – EDISI 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan