29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mawar dedah ‘Dato’ jadi dalang fitnah dia dengan menteri

Mesti Baca

CYBERJAYA – Usahawan tudung, Mawar Karim mendedahkan dalang fitnah yang dia ditangkap bersama seorang menteri dalam satu sekatan jalan raya di Terengganu baru-baru ini adalah seseorang bergelar ‘Dato’.

Sambil berkongsi tangkap layar perbualan satu kumpulan WhatsApp menerusi Instastory semalam, bekas isteri pelakon Fizo Omar itu berkata, dia tidak mengetahui motif sebenar fitnah tersebut.

Malah menerusi tangkap layar WhatsApp itu, jelas dia menjadi mangsa konspirasi politik untuk mengaibkan dan menjatuhkan reputasi seorang menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya ada beberapa coversation (perbualan) ‘Dato’ ini yang motif sebenarnya? Erm…

“Seronok sangat ka dapat sebar berita fitnah ya? Apa maksud masa dah suntuk? Apa motif Dato ini ya? Apa agenda orang yang digelar ‘Dato’ ini ya?,” dedahnya dalam Instastory tersebut.

Sebelum ini tular cerita tentang polis telah menahan kereta seorang menteri Kabinet dari Pantai Timur dalam sekatan jalan raya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing di Kemaman, Terengganu.

Ketika siasatan dibuat oleh pihak polis, mendapati seorang wanita cantik yang juga bekas isteri seorang pelakon sedang bersembunyi di belakang tempat duduk pemandu.

Advertisements

Turut tersebar konon ibu tunggal tersebut sudah menjadi isteri kedua kepada menteri Kabinet tersebut dan pernah ikut serta dalam rombongan ke Belanda tempoh hari.

Cerita tersebut diperkuatkan lagi apabila Mawar sebelum ini berkongsi gambar-gambar dia berada di Kuala Terengganu menerusi Instagramnya sekitar September tahun lalu.

Menerusi satu lagi hantaran, Mawar mendedahkan sekeping gambar yang menunjukkan beberapa lelaki bersama Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi dia memaklumkan bekas Perdana Menteri tiada kena mengena dalam isu tersebut.

“Tidak sangka salah ‘seorang’ antara yang menjadi orang ‘suruhan’ Dato penulis / penyebar / pereka cerita-cerita fitnah orangnya salah seorang dalam gambar ini. Terima kasih kerana anda telah menyebar fitnah dengan jayanya,” dedah Mawar.

Semalam menteri berkenaan, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan segala fitnah jahat yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap beliau baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menegaskan, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dengan fitnah tersebut.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya,” kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan