34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Najib dikompaun RM3,000, pengurus restoran RM10,000

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dikompaun RM3,000 manakala seorang pengurus restoran nasi ayam, Yeok Wei Hoa dikenakan kompaun RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada Mac lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Wei Hoa yang juga pengurus restoran nasi ayam terbabit didapati gagal mengarahkan Najib mengimbas suhu dan mendaftar diri ketika memasuki premisnya yang terletak di Bukit Bintang, ibu negara.

Manakala Najib dikenakan kompaun atas dua kesalahan iaitu gagal mengimbas suhu badan dan mendaftar kehadiran.

“Pada 6 Mei 2021, kertas siasatan kes pelanggaran SOP norma baharu oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Restoran Nasi Ayam Bukit Bintang telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara.

Advertisements

“Yeok Wei Hao selaku Pengurus Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 apabila gagal mengarahkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama dalam buku daftar sebagaimana yang disyaratkan dalam SOP norma baharu yang sedang berkuatkuasa,” katanya pada Khamis.

Dia didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempat penyakit berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (NO4) 2021.

Manakala Najib didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 19, Peraturan yang sama kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB.

“Pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi COVID-19,” menurut kenyataan itu lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan