30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Industri pembinaan boleh lumpuh kalau PKP menyeluruh

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) bimbang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di Selangor boleh melumpuhkan industri pembinaan di negeri itu.

Presidennya, Datuk Azman Yusoff berkata, cadangan pelbagai pihak agar semua sektor ekonomi di Selangor ditutup pasti memberi kesan amat negatif dan sangat mendalam bagi sektor ekonomi dan perniagaan.

“Pelaksanaan PKP 3.0 agak berbeza kali ini apabila sektor ekonomi dibenarkan dibuka dengan pematuhan SOP yang lebih ketat, susulan peningkatan jumlah kes baharu serta kehadiran varian virus yang lebih ganas menyerang kita.

“Keadaan yang dilalui ketika ini sudah cukup memeritkan semua golongan masyarakat yang mahu meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana ekonomi yang sedikit memulih dan bertambah baik,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, jika PKP 3.0 diteruskan dengan langkah penutupan semua sektor ekonomi, ian akan memberikan tekanan kepada semua peniaga, semua sektor dan industri tidak kira apa jenis perniagaan sekali pun.

Azman menambah, pekerja-pekerja sudah tentu mahu gaji mereka terus dibayar, pemilik premis mahu sewa-sewa terus dibayar, pihak bank dan instutusi kewangan yang lain juga mahu pinjaman mereka dibayar.

“Jadi bagaimana semua ini boleh dijamin kekal dan berjalan dengan baik jika ekonomi ditutup dan tidak dibenar beroperasi?

“Sudah pasti kesannya amat besar, pembuangan pekerja bertambah dan pengangguran akan semakin meningkat dan tidak terkawal.

Advertisements

“Rakyat pula tiada tempat untuk menjana pendapatan dan apa nasib kepada kelangsungan hidup mereka. Semua akan sengsara,” jelasnya.

Beliau memberitahu, bagi industri pembinaan, tahun ini pertumbuhan sektor sedang dalam episod pemulihan dan pelbagai projek pembangunan sedang dan akan berjalan serta diteruskan.

Azman berkata, kerja-kerja penyelenggaraan untuk manfaat rakyat seperti kerja penyelenggaraan jalan, kemudahan awam, lebuh raya dan lain-lain sedang dilaksanakan.

“Jika kerja-kerja ini dihentikan sementara, kesan bukan saja kepada pekerja, malah rakyat secara keseluruhannya dalam menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang lebih selesa dan selamat.

“Cadangan penutupan ekonomi hanya akan menyebabkan industri pembinaan semakin lumpuh dan lebih ramai akan gulung tikar,” katanya.

Beliau memberitahu, PKBM sentiasa mengingatkan ahli-ahlinya untuk mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan menerapkan keutamaan keselamatan dan kesihatan di tapak-tapak binaan dan penempatan perumahan pekerja bagi mengekang penularan COVID-19.

“Kami menyokong keputusan kerajaan untuk tidak menutup sektor ekonomi dan merayu semua pihak bersama memainkan peranan dan tanggungjawab kita untuk memutuskan rantaian pandemik sepanjang PKP 3.0 ini,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan