31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

‘Filem terbaik saya belum buat’ – Aziz M Osman

Mesti Baca

Akui filem XX Ray bukan filem terbaiknya

CYBERJAYA – Pengarah filem prolifik, Aziz M. Osman tidak menganggap filem sains fiksyen garapannya tahun 1992, XX Ray sebagai filem terbaik yang pernah dihasilkan.

Sebaliknya pemenang anugerah Pengarah Harapan dalam Festival Filem Malaysia Ke-10 pada 1992 menerusi filem tersebut berkata, filem terbaik beliau sebenarnya masih belum dihasilkan.

XX Ray bukan filem terbaik saya. Filem terbaik saya belum buat,” katanya sambil meletakkan avatar senyum ketika membalas ciapan seorang netizen menerusi Twitternya, semalam.

Sebelum itu seorang netizen, Sukri Sabri membalas ciapan MUBI Malaysia berhubung tayangan filem XX Ray menerusi rangkaian tersebut berkata, filem berkenaan merupakan antara filem terbaik Malaysia arahan Aziz.

Ciapan tersebut turut dibalas oleh penyanyi antarabangsa, Yuna dengan turut menyatakan XX Ray sebagai filem terbaik yang pernah dihasilkan oleh rakyat Malaysia.

Ekoran kenyataan Aziz tersebut, pelakon Susan Lankester turut menciap bahawa dia menunggu “filem tebaik” yang diperkatakan oleh pengarah tersebut.

Advertisements

I look forward to this ‘filem terbaik’,” katanya yang dibalas dengan kata “ehem…” oleh seorang lagi artis, Adibah Noor.

Poster filem XX Ray tahun 1992

Untuk rekod, XX Raya telah meraih beberapa anugerah lain termasuk Skor Muzik Terbaik dan Anugerah Khas Juri menerusi penggunaan teknik kesan khas dalam Festival Filem Ke-10 tersebut.

Filem lakonan Aziz sendiri di samping Faizal Hussein, Nor Aliah Lee, Sharmaine Farouk, Ibrahim Pendek dan Edika Yusof ditayangkan kepada umum pada 24 Disember 1992.

Tiga tahun kemudian Aziz telah menghasilkan sekual filem tesebut iaitu XX Ray II manakala XX Ray III pula ditayangkan di pawagam pada 2019.

Selain filem sekual tersebut, Aziz juga telah menghasilkan filem-filem seperti Fenomena (1990), Lefternan Adnan (2000), Puteri Impian (1997), Femina (1994) dan Fantasi (1993). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan