25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Kartel tender kerajaan: KSN kesal, ambil tindakan tegas

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penjawat awam yang terlibat salah laku rasuah.

Menurut beliau, pendedahan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sindiket kartel tender kerajaan yang bernilai RM3.8 bilion semalam, amat membimbangkan.

Beliau berkata, pihaknya menyokong penuh segala usaha untuk membanteras apa juga bentuk salah laku dan penyelewengan dalam sistem penyampaian kerajaan terutama isu rasuah.

“Saya amat kesal terhadap segelintir penjawat awam yang membenarkan diri mereka diperguna oleh pihak berkepentingan untuk habuan lumayan.

“Saya memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam isu ini ataupun sebarang salah laku yang menjejaskan imej perkhidmatan awam sekiranya dibuktikan bersalah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam berjaya menumpaskan sindiket kartel yang mengendalikan lebih 150 syarikat bagi memonopoli tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion berikutan penangkapan ke atas tujuh suspek termasuk seorang yang dipercayai mengetuai sindiket berkenaan.

Baca juga:   "Rasuah RM1 sekalipun dosanya tetap sama” – Asyraf Wajdi

Memetik laporan media, ketua sindiket tersebut mengawal lebih 150 buah syarikat yang digunakan untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat.

Suspek dikatakan menggajikan individu-individu sebagai pengarah syarikat dan sindiket itu telah beroperasi sejak tahun 2014 hingga sekarang.

Sindiket itu juga dipercayai mendapat kerjasama ‘orang dalam’di kementerian dan agensi terlibat untuk memastikan syarikat di bawah kawalan suspek dibenarkan memasuki tender dan memastikan salah satu daripadanya berjaya.

Baca juga:   Nasib bekas kakitangan Utusan terus diabaikan

Mohd Zuki berkata, beliau telah berulang kali memberi peringatan kepada semua Ketua Jabatan supaya menerap dan memegang utuh konsep integriti dalam pengurusan organisasi dengan memperkukuhkan program kesedaran dan pencegahan selaras dengan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah diarahkan untuk melaksanakan pusingan kerja bagi pegawai di jawatan-jawatan sensitif yang cenderung kepada isu berkaitan salah laku. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan