28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Polis siasat insiden gaduh tepi Jalan Kok Lanas

Mesti Baca

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima maklumat berhubung kejadian pergaduhan yang tular dalam media sosial dipercayai berlaku di Jalan Kok Lanas di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, insiden tersebut melibatkan tiga lelaki.

“Bertindak atas maklumat, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pengkalan Chepa bagi membolehkan satu siasatan dilakukan ke atas kejadian yang berlaku.

“Pada 4 April 2021, mangsa kejadian pergaduhan terbabit telah tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam rakaman video berdurasi 30 saat yang tular itu, kelihatan dua lelaki memukul seorang lelaki lain dengan topi keledar.

Kedua-dua penyerang terbabit meninggalkan lokasi dengan menunggang motosikal masing-masing.

Baca juga:   UMNO dan PPBM sukar tidur sebantal, mimpi lain-lain

Kejadian berlaku di tepi jalan pada waktu malam. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Tips jimatkan wang ketika membuat transaksi antarabangsa

PERNAHKAH anda terkejut melihat penyata kad kredit anda pada hujung bulan selepas membeli sesuatu dari kedai dalam talian antarabangsa? Adakah...

Lagi Artikel Berkaitan