24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

Bapa Rina Mohd Harun meninggal dunia hari ini

Must Read

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

Perdana Menteri beri jaminan tiada PKP kali ketiga

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali...

CYBERJAYA – Bapa kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun meninggal dunia, hari ini.

Memetik laporan PN BBC Portal, Mohd Harun Mohamad Khairi meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Berita sedih itu dimaklumkan Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Eikmar Rizal Mohd Ripin.

“KPWKM ingin memaklumkan bahawa ayahanda kepada Datuk Seri Rina Menteri KPWKM, iaitu Allahyarham Mohd Harun Mohamad Khairi kembali ke rahmatullah hari ini, 6 April 2021.

“Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahanda Menteri KPWKM dan mendoakan semoga roh arwah diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi yang mulia di samping Allah SWT,” katanya.

Beliau memberitahu, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Salak Tinggi, Sepang kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Latest News

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

More Articles Like This