25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Sebar berita palsu, polis cari pemilik FB Junaidah June

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook Junaidah June kerana menyebarkan berita palsu kononnya seorang anggota polis meninggal dunia selepas mengambil dos kedua vaksin COVID-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, anggota terbabit, Koperal Rakmin Yusoff sebenarnya mengalami masalah jantung tersumbat dan sedang menerima rawatan di Hospital Taiping.

Menurut beliau, Rakmin juga dalam keadaan sedar sepenuhnya dan stabil serta akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat.

“Tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun media sosial tersebut kerana tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai kematian warga PDRM akibat daripada penerimaan vaksin COVID-19 serta mendatangkan kegusaran kepada masyarakat untuk menerima sundtikan tersebut.

“Keluarga penama juga menerima kesan akibat daripada sikap yang tidak bertanggungjawab ini.

Advertisements

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan tanpa merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap kesahihan maklumat yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, anggota polis berumur 50-an itu telah dirujuk dari Hospital Gerik ke Hospital Taiping.

Menurut beliau, dia mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Semasa penerimaan vaksin Corminaty dos pertama pada 13 Mac 2021, pesakit tidak mengadu sebarang gejala, begitu juga selepas menerima vaksin dos kedua pada pagi 3 April 2021 pada pukul 9 pagi, tiada bergejala selepas 30 minit pemerhatian.

“Anggota polis tersebut mengadu sakit pada waktu tengah hari dan telah diberi rawatan awal di Hospital Gerik, seterusnya dipindahkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Taiping,” jelasnya dalam kenyataan media berasingan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi...

Lagi Artikel Berkaitan